Perbezaan antara semakan "Kundasang"

25 bait ditambah ,  13 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
'''Kundasang''' merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan [[Gunung Kinabalu]]. Ia terletak hanya 6 km dari [[Taman Negara Kinabalu]]. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang.
[[Pertanian]] merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini. Tidak hairanlah Kundasang merupakan pusat membeli belah [[sayur|sayur-sayuran]] yang sangat terkenal di daerah ini. Manakala [[Perlancongan]] menjadi sumber pendapatan kedua terpenting bagi penduduk di Kundasang. Majoriti penduduk Kundasang adalah suku kaum [[Dusun|]], [[Sungai|]], [[Bajau|]], [[Melayu|]], [[Cina]], namun terdapat juga sebilangan daripada pendatang Indonesia yang terdiri daripada [[Bugis| ]],[[Tator| ]],[[Timor| ]],[[Jawa]], yang mana telah menjadi sebahagian kecil daripada penyumbang bagi mengerakkan ekonomi disekitar Kundasang, terutamanya didalam sektor Pertanian . Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang menyediakan hotel, motel, chalet dan home stay bagi memberi kemudahan penginapan kepada pelancong dari dalam mahupun luar negara.
 
 
11

suntingan