Need for Speed: Most Wanted: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 40:
[[Image:NFSMW final cutscene.jpg|225px|right|thumb|Bahagian video klip akhir semasa pemain melarikan diri dari Rockport dengan melompat merentasi jambatan yang sedang dibina.]]
 
'''''Need for Speed: Most Wanted''''' ('''''NFS:MW''''') adalah [[permainan video]] [[permainan perlumbaan|perlumbaan]] berbilang platform., dibangunkan oleh [[EA Canada|EA Black Box]] dan mula dilancarkan oleh [[Electronic Arts]] bagi pasaran [[Amerika Syarikat]] pada [[15 November]] [[2005]]. Ia adalah sebahagian daripada siri permainan ''[[Need for Speed]]''. Permainan ini memperkenalkan semula aksi kejar-mengejar dengan polis sebagai fokus utama kepada gaya permainan berorientasikan [[lumba haram]], dengan beberapa (tetapi tidak semua) pilihan pengubahsuaian daripada siri ''[[Need for Speed: Underground]]''. Permainan ini disusuli oleh ''[[Need for Speed: Carbon]]'', yang merupakan sambungan kepada jalan cerita ''Most Wanted''.
 
''Most Wanted'' dilancarkan untuk [[komputer peribadi]] berasaskan [[Microsoft Windows|Windows]], [[PlayStation 2]], [[Nintendo GameCube]], [[Xbox]], [[Xbox 360]] (sebagai tajuk pelancaran), [[Game Boy Advance]], [[Nintendo DS]] serta [[telefon bimbit]]. Satu lagi versi ''Most Wanted,'' bertajuk ''[[Need for Speed: Most Wanted: 5-1-0]]'' telah dilancarkan untuk [[PlayStation Portable]].