Wau bulan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Aurora (bincang | sumb.)
kembangkan
Baris 1:
'''Wau bulan''' merupakan antara jenis [[layang-layang|wau]] yang paling popular di Malaysia. Kepopularannya didominasi oleh rakyat pantai timur di [[Semenanjung Malaysia]].
 
== Ciri-ciri ==
Bentuk jenis wau ini menyerupai [[bulan (satelit)|bulan sabit]] pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan.<ref>[http://helmycasanova.pasblog.com/TLG-b1/Kerkaj-Khusus-Sejarah-PMR-2008-b1-p2.htm Kerkaj Khusus Sejarah PMR 2008 - Wau]</ref>
 
Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang biasa adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter.<ref>[http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/montage/kite/types_wau2.htm Types of Wau], myschoolnet.</ref> Ini untuk memastikan corak yang terdapat pada wau tersebut kelihatan jelas dan menyerlah. Bagi menyerlahkan daya tarikan jenis wau ini, pemilihan warna yang terang dan corak yang lebih besar menjadi pilihan.
 
== Sejarah ==
Wau Bulan dikatakan telah bermula pada zaman kerajaan [[Srivijaya]], yang mengikut legenda, mula digunakan oleh seorang putera bernama Dewa Muda. Corak bunga dan daun pada wau Dewa Muda dikatakan merupakan peta daerah yang telah dikuasainya.<ref name="virtualmalaysia">[http://www.virtualmalaysia.com/editors_pick/3267C541-C600-4137-B9F9DAAF8A5E9A34.html The Art of Kite Flying], virtualmalaysia.com</ref>
 
== Lambang ==
Lantaran itu, tidak hairanlah wau bulan sentiasa menjadi perhatian. Keindahan yang terpamer pada ‘dadanya’ menjadi tontonan dan tarikan. Justeru itu, bentuk wau bulan yang menarik ini turut menjadi lambang syarikat kepada [[Penerbangan Malaysia|Syarikat Penerbangan Malaysia]](MAS)