Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amirfikrie (bincang | sumb.)
Amirfikrie (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah''' atau lebih dikenali dengan nama "MOZAC" merupakan salah satu daripada dua buah sebuah sekolah berasrama penuh ([[SBP]]) di negeri Melaka.
 
==Sejarah==
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (dahulu Sekolah Menengah Sains Melaka), didirikan di kawasan berbukit dengan ketinggian 121.9 meter dari aras laut. Keluasan asalnya ialah 12.9 hekter. Pihak kerajaan telah memperuntukkan kawasan tambahan bersebelahan kawasan yang ada kepada sekolah ini untuk pembangunan pada masa depan. Kawasan tambahan seluas 14.1420 ekar dijangka dimajukan di bawah [[Rancangan Malaysia Keenam]]. Pelan induknya menunjukkan bangunan-bangunan asrama, dewan makan, rumah-rumah guru bertingkat dan gelanggang permainan akan di bina di kawasan ini. Sejarah sekolah ini telah bermula pada 5 Januari 1973. Pada tarikh ini, seramai 120 orang pelajar Tingkatan 1 terdiri daripada 80 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan sebagai perintis telah ditempatkan di [[Sekolah Menengah Munshi Abdullah]], Batu Berendam, [[Melaka]] sementara menunggu bangunan sekolah ini siap. Oleh kerana bangunan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah ini lambat disiapkan pelajar-pelajar tersebut telah dipindahkan ke [[Sekolah Menengah Sains Johor]] di Kluang pada tahun berikutnya.