Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amirfikrie (bincang | sumb.)
Amirfikrie (bincang | sumb.)
Baris 6:
Pada 3 Januari 1976, seramai 120 orang pelajar Tingkatan 1 telah ditumpangkan sekali lagi di [[Sekolah Menengah Munshi Abdullah]]. Mereka telah ditempatkan di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka pada 10 Mei 1976. Pada tahun 1978, dengan kerjasama Unit Matrikulasi [[Universiti Kebangsaan Malaysia]] (UKM) sekolah ini telah diberi kepercayaan untuk menjalankan Kursus Matrikulasi , satu kursus intensif setahun untuk pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Kumpulan pertama pelajar-pelajar Kursus Matrikulasi ini terdiri daripada 102 orang pelajar yang didatangkan dari seluruh tanahair. Tingkatan 6 dihentikan dan kelas Matrikulasi UKM disambungkan semula dengan memulakan Kelas Matrikulasi Sains Kejuruteraan.
 
Pada Oktober 1983, sekolah ini yang nama asalnya Sekolah Menengah Sains Melaka telah dengan rasminya bertukar kepada Sekolah Muzaffar Syah, mengambil sempena nama Sultan Muzaffar Syah iaitu Sultan Melaka yang ke-empat. Perasmian pertukaran nama ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama [[Yang di-Pertua Negeri]] [[Melaka]], Tun [[Syed Zahiruddin bin Syed Hassan]]. Mulai tahun 1995, sekolah ini secara rasminya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah.
 
==Lagu Sekolah==