Messerschmitt Me 321: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Kearah memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sejagat...
Yosri (bincang | sumb.)
Kearah memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Baris 36:
 
Penerbangan pertama prototaip Me 321 V1 berlaku pada [[25 Februari]] [[1941]], ditunda di udara oleh Junkers Ju 90. Ia diterbangkan oleh juru terbang ujian Messerschmitt, Karl Baur, dan membawa 3 tan pemberat. Baur melaporkan bahawa kawalan adalah berat dan lambat bertindak balas dan ia diputuskan membesarkan kokpit bagi memuatkan juruterbang kedua dan pengendali radio dan kawalan berkembar dipasang. Motor servo eletrik juga dipasang bagi membantu menggerakkan ridip sayap (''wing flaps'') yang besar dan ujian lanjut turut menyebabkan payung terjun brek ditambah.
 
Ujian penerbangan dibebani kesulitan, kerana Ju 90 tidak cukup berkuasa, da sebagai langkah sementara tiga pejuang berat [[Messerschmitt Bf 110]], digunakan dalam apa yang dikenali sebagai tatarajah ''Troikaschlepp''. Ini adalah pergerakan yang mat merbahaya dan Ernst Udet meminta [[Ernst Heinkel]] untuk mencadang sesuatu yang lebih baik. Heinkel bertindak balas dengan mencipta [[Heinkel He 111|Heinkel He 111Z ''Zwilling'']] (Kembar), yang menggabungkan dua pesawat He 111 dengan enjin kelima ditambah. [[JATO|Unit berlepas bantuan roket]] turut digunakan bagi membantu berlepas dari lapangan kasar.
 
==Sejarah perkhidmatan==