Syed Ahmad Syed Mahmud Shahabuddin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Edmundwoods (bincang | sumb.)
Penggabungan rencana
Edmundwoods (bincang | sumb.)
Pecahkan kepada bahagian
Baris 34:
}}
 
T.Y.T Tun Dato' Seri Utama '''Syed Ahmad''' telah dilahirkan pada [[4 Mei]] [[1925]] di [[Kulim]], [[Kedah]]. Syed Ahmad merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di [[Sekolah Melayu Kulim]] dari tahun [[1932]] hingga tahun [[1935]]. Syed Ahmad kemudian melanjutkan pelajarannya di [[Kolej Sultan Abdul Hamid]], [[Alor Star]] sehingga beliau lulus peperiksaan [[Senior Cambridge]] pada tahun [[1947]].
 
==Pendidikan==
Beliau mendapat pendidikan awal di [[Sekolah Melayu Kulim]] dari tahun [[1932]] hingga tahun [[1935]]. Syed Ahmad kemudian melanjutkan pelajarannya di [[Kolej Sultan Abdul Hamid]], [[Alor Star]] sehingga beliau lulus peperiksaan [[Senior Cambridge]] pada tahun [[1947]].
 
==Kerjaya awal==
Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Kerajaan di Pejabat Perbendaharaan Negeri, Alor Setar dari tahun 1947 hingga tahun 1955 dan pada masa yang sama membabitkan diri dalam kegiatan SABERKAS dan [[Kesatuan Melayu Negeri Kedah]] (KMNK) yang berpusat di Alor Setar.
 
==Kerjaya politik==
Apabila [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu]] (UMNO) ditubuhkan pada tahun 1946, Tun Syed Ahmad menyertai parti politik dan menjadi ahli UMNO di Cawangan Alor Setar, Kedah. Mulai tahun 1951 hingga tahun 1954 beliau dilantik menjadi Penolong Setiausaha UMNO Negeri dan seterusnya dilantik sebagai Setiausaha UMNO hingga tahun 1967.
 
Baris 48 ⟶ 53:
Dalam masa pentadbiran beliau, perhatian ditumpukan bagi mengekalkan kestabilan politik dan kemajuan negeri bersama-sama penyokong dalam kerajaan, khususnya Ahli-ahli Exco sebagai pembuat dasar, sementara para pegawai kerajaan bertanggungjawab melaksanakan dasar. Tun Syed Ahmad seringkali mengetuai rombongan kerajaan dan ahli-ahli ekonomi melawat negara-negara luar bertujuan mempromosikan Kedah dan meyakinkan para pelabur tentang potensi pelaburan dan insentif-insentif yang disediakan di Negeri Kedah. Walaupun perhatian tertumpu pada sektor perindustrian, namun sektor pertanian tetap diberi perhatian. Projek raksasa yang menjadi kebanggaan kerajaan yang dikenali sebagai [[Rancangan Pengairan Muda]] dibina. Nyatalah projek itu memperlihatkan hasrat kerajaan di bawah pimpinan beliau untuk mengekalkan identiti tradisi Negeri Kedah Darul Aman sebagai Jelapang Padi Malaysia. Pandangan jauh beliau untuk membawa negeri ini bersaing antara sektor pertanian dan perindustrian telah berjaya mengangkat taraf hidup rakyat dengan perkapita yang meningkat dari tahun ke tahun. Beliau juga berjaya mengurangkan kadar pengangguran dan kadar kemiskinan di Negeri Kedah.
 
==Anugerah==
Demi menghargai sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan, beliau dianugerahi pingat dan darjah kebesaran antaranya [[Seri Maharaja Mangku Negara|S.M.N.]], [[Seri Setia Mahkota|S.S.M.]], [[Panglima Setia Mahkota|P.S.M.]], D.U.N.M. , S.P.M.S., S.P.M.K., S.P.M.T., S.S.D.K., D.P., P.N.B.S., P.G.D.K., [[Johan Mangku Negara|J.M.N.]] dan J.P
 
==Keluarga==
Syed Ahmad berkahwin dengan Toh Puan Sharifah Haniffah binti Syed Alwi pada tahun 1950 dan telah dikurniakan enam orang anak. Toh Puan meninggal dunia pada 5 Julai 1993 di [[Kuala Lumpur]]. Pada tahun 1960, Syed Ahmad berkahwin dengan Toh Puan Datuk Seri Datin Seri Utama Marfuza bte Sheikh Mohd Osman dan mereka dikurniakan dengan empat orang anak.
 
==Kematian==
Beliau meninggal dunia akibat sakit tua pada usia beliau 83 tahun pada [[7 Julai]] [[2008]] dan disemadikan di Makam Pahlawan Melaka di [[Masjid Al-Azim]], [[Bukit Palah]], [[Melaka]].