Imam Abu Daud: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kunang Api (bincang | sumb.)
Laman baru: Jump to: navigation, search Hadith scholar Nama: Abu Da'ud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani Gelaran: Abu Da'ud Tahun Kelahiran: 202H 817CE Tahun Kematian : 275H 888CE Mazha...
 
Kunang Api (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Jump to: navigation, search
Hadith scholar
Nama: Abu Da'ud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani
Gelaran: Abu Da'ud
Tahun Kelahiran: 202H 817CE
Tahun Kematian : 275H 888CE
Mazhab: Shafi'i
Bidang Utama: hadith
Karya: Sunan Abi Da'ud
 
Imam Abu Daud atau nama sebenarnya Abu Da'ud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani, adalah salah seorang perawi hadis Nabi Muhammad (S.A.W). Beliau adalah penulis kitab Sunan Abi Daud, salah satu kitab yang dikategorikan didalam enam kitab Hadis yang utama selepas kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Beliau dilahirkan di Sijistan (Sistan atau Sagestan, Afghanistan) pada tahun 817, dan meninggal pada tahun 888. Semasa hayatnya, beliau pernah mengembara ke Iraq, Mesir, Syria, Arab Saudi, Khurasan, Nisabur dan bayak lagi untuk mengumpulkan Hadis Rasulullah S.A.W. Kebanyakkan Hadis yang beliau kumpul lebih bertumpu kepada Hadis Hukum - Hadis yang mengandungi hukum-hukum Fekah yang sesuai digunakan dalam bidang perundangan Islam. Jumlah Hadis yang berjaya dikumpulkan oleh Imam Abu Daud adalah sebanyak 50000 Hadis. Daripada jumlah itu, sebanyak 4800 Hadis telah beliau pilih untuk dimasukkan dalam kitab Sunannya. Semua Hadis dalam dikategorikan oleh Imam Abu Daud mengikut prioritinya. Imam Abu Daud telah menulis lebih kurang 21 kitab termasuk Sunan Abi Daud. Menurut Imam Abu Daud, semua Hadis yang dimasukkan dalam kitab Sunannya adalah sahih kecuali jika beliau menyatakan sebaliknya. Namun, bukan semua Hadis beliau sahih kerana ada ulama' seperti Ibn Hajar berpendapat bahawa ada juga Hadis yang lemah di dalam Sunan Abi Daud. Antara kitab selain Sunan, Imam Abu Daud juga menulis Kitab al-Marasil. Dalam kitab ini, sebanyak 600 Hadis Mursal - Hadis yang perawinya dari kalangan Tabi'in meriwayatkan terus daripada Rasulullah S.A.W tanpa perantaraan Sahabat.