Kugiran: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kurniasan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kekacang (bincang | sumb.)
Baris 2:
 
==Sejarah==
Istilah ini mula digunakan sekitar tahun 60-an iaitu ketika era [[irama pop yeh-yeh|pop yeh-yeh]]. Perkataan ini dikeudarakan buat pertamanya di [[Radio Singapura]] di dalam rancangan mingguan Carta Teratas "Lagu Pujaan Minggu Ini" yang dihoskan oleh DJ Melayu pertama, [[Mohd Ismail Abdullah]]. Difahami bahawa, singkatan "Ku-Gi-Ran" ini diilhamkan oleh [[Daud Abdul Rahman]]{{fakta}}. Ia juga juga yang dikatakan bahawa [[P. RamliRamlee]] merupakan orang yang pertama menggunakan istilah ini untuk membezakannya dengan pancaragam-pancaragam Melayu terdahulu.
 
Pada awal kemunculan [[pop yeh-yeh]], kugiran mempunyai lima anggota pancaragam dan seorang [[penyanyi]], selain pengendali 5 alat muzik iaitu [[gitar utama]], [[gitar irama]], [[gitar bes]], organ ([[papan nada]]) dan [[dram]]. Kebanyakan lagu yang dipersembahkan adalah berirama rancak, walaupun yang bertemakan lagu sedih. Sebagai contoh lagu "Ayahku kawin lagi" dendangan [[Orkes Teruna Ria]] dan lagu "Tak Mengapa" dendangan [[Orkes Nirwana]]. Rentak ini berbeza dengan lagu cinta Melayu yang mendayu-dayu irama 80-an dan 90-an.