Perbezaan antara semakan "Cetak rompak"

579 bait ditambah ,  11 tahun lalu
(→‎Rujukan: Kemaskini)
 
==Kaedah cetak rompak==
 
Terdapat pelbagai cara dimana hasil karya dirompak atau disalin tanpa kebenaran pemilik hakcipta. Penyalinan tersebut dibuat dengan cara:
 
# Menerbitkan semula sebahagian atau kesemua hasil karya.
# Membuat salinan kepada pelbagai bentuk sama ada cara mengambil gambar, membuat salinan secara elektronik atau komputer, fotostat, rakaman video, rakaman suara, menaip semula atau diubah kepada PDF.
# Menyalin kandungan bahan dan dijual semula dengan tajuk yang berbeza.
# Mengeluarkan bahan atau perkakas yang menggunakan idea yang sama, dimana idea tersebut telah dihakcipta.
 
 
Kegiatan memuat turun bahan lucah dan [[perkongsian fail|berkongsi]] rakaman muzik dalam bentuk [[MP3]] dan fail-fail audio yang lain makin berleluasa{{Fact|date=Ogos 2007}}, itupun setelah berkuburnya [[Napster]] dan tuntutan mahkamah atas pencabulan hakcipta berturut-turut yang dikemukakan badan-badan industri rakaman. DVD ''[[screener]]'' yang diedar oleh studio filem (biasanya untuk penilaian bagi anugerah) juga dijadikan sumber utama penyalinan tanpa izin apabila filem-filem masih ditayangkan di pawagam, dan pihak [[MPAA]] di Amerika Syarikat sudah cuba mengehadkan penggunaannya. Filem juga disalin oleh seseorang yang menyeludup masuk [[kamera video]] ke dalam pawagam dan merakam pancarannya secara senyap-senyap (juga dikenali sebagai "[[Cam (cetak rompak)|CAM]]"), namun salinan-salinan sedemikian lazimnya kurang bermutu berbanding salinan keluaran rasmi. Kegiatan berkongsi salinan muzik adalah sah di kebanyakan negara, seperti [http://strategis.gc.ca/sc_mrksv/cipo/cp/copy_gd_protect-e.html#5 Kanada], dan sesetengah rantau di Eropah, selagi maklumat sedemikian tidak diiklankan atau lagu-lagunya dijual.
 
380

suntingan