Perbincangan:A.C. Milan: Perbezaan antara semakan

Latest comment: 15 tahun lalu by Zapata1125 in topic Link untuk San Siro dan bahagian stadium
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zapata1125 (bincang | sumb.)
Link untuk San Siro dan bahagian stadium
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 18:24, 22 Julai 2008

Link untuk San Siro dan bahagian stadium

Saya telah mendapati bahawa tiada link untuk San Siro. Yang ada cuma Stadium San Siro. Jadi saya telah membetulkan link itu supaya menuju ke Stadium San Siro. Malangnya seseorang telah menukar link tersebut menuju ke San Siro lagi dan membuatkan link merah di sana-sini. Saya boleh batalkan suntingan tersebut tetapi saya tak mahu perang suntingan terjadi.

Satu lagi yang saya kesali adalah suntingan terhadap bahagian stadium [[1]]. Semuanya telah saya terjemahkan daripada Bahasa Inggeris tetapi kini ia telah diubah semula dengan beberapa perkataan Inggeris. Contohnya saya telah mengubah 'nominal fee' menjadi 'harga nominal' tetapi ia telah diubah kembali ke 'nominal fee'.

Saya berharap kita dapat bersama-sama memperbaiki rencana ini tetapi biarlah dengan cara yang bertanggunjawab dan bukan merosakkannya. Masih terdapat banyak link merah jadi lebih baik kita berusaha untuk menulis rencana untuk link merah ini. Zapata1125 18:24, 22 Julai 2008 (UTC)Balas

Kembali ke laman "A.C. Milan".