Pengguna:Piecemealcranky/Etika: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Laman baru: == Etika menyunting == Suntingan-suntingan piecemealcranky seringkali melibatkan rencana yang mempunyai kaitan dengan media semasa ataupun yang akan datang, tidak mengira minat atau ...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 22:25, 22 Julai 2008

Etika menyunting

Suntingan-suntingan piecemealcranky seringkali melibatkan rencana yang mempunyai kaitan dengan media semasa ataupun yang akan datang, tidak mengira minat atau kritik luaran. Rencana-rencana begitu mungkin tergolong dalam satu atau lebih daripada kategori-kategori berikut:

Dalam keadaan khas, piecemealcranky kadang-kala menyunting rencana yang berkaitan dengan negara, di mana dalam kes ini, tiada sebarang kategori tertentu yang dipilihnya.

Selaras dengan perkembangan Wikipedia Bahasa Melayu, piecemealcranky juga menerapkan etika-etika berikut dalam menyunting rencana-rencana ciptaannya sendiri, pengguna lain, ataupun jika dia telah bekerjasama dalam sebuah projek suntingan.

Memberikan penghargaan kepada sumber yang sepatutnya

Dalam sejarah menulis sebuah FAQ atau walkthrough dalam permainan video, piecemealcranky sentiasa mematuhi peraturan seorang penulis FAQ, iaitu, daripada teks asalnya, Give credit where credit is due. Ini merupakan Golden Rule yang telah diterapkan dalam bahan-bahan penulisannya. Begitu juga dengan suntingan-suntingan piecemealcranky di Wikipedia. Ini termasuk juga sumbangan-sumbangan lain, contohnya seperti memuat naik imej yang disertakan sumber yang sahih dan benar. Oleh itu, rencana-rencana yang baru dicipta seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya satu rujukan yang sah untuk diterima sebagai bahan ensiklopedik di Wikipedia.

Melengkapkan rencana dengan selengkap yang mungkin

Ini bermaksud mencipta rencana yang cukup di sisi gaya penulisan Wikipedia. Menurut piecemealcranky, rencana yang baru dicipta seharusnya mempunyai satu (jika tidak- lebih) rujukan yang sah. Namun jika ini tidak tercapai oleh penyunting, meletakkan satu atau lebih pautan luar juga memadai.

Tidak mengkritik/menghormati suntingan-suntingan pengguna lain

Etika ini sangat penting dalam memastikan bahawa kerjasama di dalam komuniti Wikipedia Bahasa Melayu dikekalkan di antara pengguna-pengguna. Jika piecemealcranky tidak setuju dengan suntingan seseorang pengguna itu, dia selalunya akan memberitahu individu tersebut akan suntingannya, ataupun jika perlu, menyuntingnya terus dan meletakkan rumusan dalam ruangan "Ringkasan" di bawah halaman menyunting.

Menterjemah dengan lengkap dan tepat

Sesetengah ayat dalam bahasa asal atau teks asal, misalnya bahasa Inggeris, adalah sukar untuk diterjemah ke dalam bahasa Melayu tanpa mengubah struktur atau intipati maksud ayat tersebut. Untuk membuktikan kebenaran ini, piecemealcranky telah meletakkan beberapa contoh di bawah:

  • Dalam ayat bahasa Inggeris yang berikut, His business ethics are questionable membawa maksud bahawa etika-etika perniagaannya tidak dapat dipastikan sama ada beretika ataupun tidak. Untuk membuat penterjemahan secara langsung, pengguna akan menghadapi kesukaran. Jika ayat ini diterjemah ke dalam bahasa Melayu secara langsung, ayatnya akan berbunyi, "Etika-etika perniagaannya boleh dipersoalkan." Meskipun tepat dari segi penterjemahan, konteks sebenar adalah tidak tepat. Jika boleh, pengguna-pengguna dinasihatkan supaya melakukan penterjemahan yang mengekalkan konteks atau intipati asal sesuatu ayat itu, dan bukannya menterjemah ayat demi ayat sahaja. Misalnya, menggunakan ayat seperti berikut, "Etika-etika perniagaannya boleh dibahaskan" ataupun seperti yang dicadangkan oleh Pengguna:Yosri di sini, ataupun sebagainya.
  • Dalam ayat berikut, It is hinted that a second season of the show is currently being produced, permulaan ayat "It is hinted" adalah sukar untuk diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Pengguna boleh memulakan ayat dengan menggunakan "Dikatakan..." namun penggunaan perkataan ini adalah tidak tepat. Namun begitu, piecemealcranky seringkali menggunakan alternatif lain dalam suntingannya, dengan memanjangkan ayat tersebut namun tidak melupakan konteks atau intipati sebenar yang ingin disampaikan oleh ayat asal.
  • Sesetengah perkataan juga bukannya mudah untuk diterjemah berserta maksud yang membawa makna budaya atau emosi- tidak kira daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris ataupun sebaliknya. Dalam penterjemahan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, misalnya, perkataan "Merajuk"- jika diterjemah ke bahasa Inggeris, perkataan yang seringkali digunakan ialah Sulk. Buktinya boleh dilihat di sini Meskipun perkataan sulk boleh membawa maksud merajuk, dalam bahasa Melayu, merajuk adalah lebih kepada masalah peribadi manakala sulk pula, bermaksud, daripada kamus bahasa Inggeris: to show that you are annoyed by something by being silent and having an unhappy expression on your face.

Istilah bahasa lain

Apabila menyunting rencana yang mengandungi istilah-istilah dalam bahasa lain, misalnya bahasa Jepun, piecemealcranky harus mengikut kaedah paparan yang diletakkan di Wikipedia Bahasa Inggeris. Ini adalah disebabkan, sumber kandungan asal selalunya didapati di English Wikipedia terlebih dahulu, dan bukannya di Wikipedia Bahasa Jepun. Berikut merupakan perubahan serta perbezaan yang terdapat dalam istilah yang digunakan oleh piecemealcranky:

  • Susunan nama-nama masyarakat Jepun atau watak-watak fiksyen ciptaan orang Jepun adalah mengikut turutan orang Inggeris, iaitu [Nama Individu] diikuti oleh [Nama Keluarga], contohnya seperti "Shiki Tohno", di mana namanya disebut sebagai "Tohno Shiki" di Jepun. Namun, ini tidak tertakluk kepada setiap rencana yang berkaitan. Misalnya, rencana Bleach yang telahpun disunting oleh pengguna lain, mengikut sebutan orang Jepun, misalnya nama watak utamanya iaitu Kurosaki Ichigo, disenaraikan mengikut urutan Jepun dan bukan Inggeris, iaitu "Ichigo Kurosaki".
  • Sesetengah rencana tidak mengikut nama rencana asal bahasa Inggeris disebabkan kemudahan menggunakan judul asal dalam bahasa Jepunnya. Contohnya seperti Byōsoku 5 Centimeter (5cm per second). Kadang-kala kes ini juga berlaku disebabkan kemudahan menyusun rencana tersebut. Ini dapat dilihat dalam rencana Haruhi Suzumiya (novel ringan), di mana piecemealcranky menyatukan rencana animenya dalam rencana utamanya itu, yang telah dipisahkan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris.

Kegunaan adil (fair use)

Apabila memuat naik imej, piecemealcranky selalunya (namun bukan setiap masa) meletakkan penjelasan yang sesuai dengan imej yang dimuat naikkan. Selepas ini dilakukan, piecemealcranky akan menyatakan sumber (sepertimana yang patut dilakukan semua pengguna lain di Wikipedia). Terdapat dua penjelasan yang seringkali digunakan dalam kes ini:

  • Meletakkan "Sumber" dan diikuti oleh sumber imej ini. Jika teg ini digunakan, piecemealcranky merujuk kepada imej ini pada Wikipedia edisi bahasa lain, selalunya di English Wikipedia. Contoh imej yang dimaksudkan boleh dilihat di sini.
  • Meletakkan "Sumber asal" dan diikuti oleh penjelasan kepada sumbernya. Jika teg ini digunakan, piecemealcranky mungkin sekali memuat naik sesuatu imej itu daripada sumber selain Wikipedia. Dengan itu, sebuah pautan luar yang sah harus disertakan dalam tag ini, serta penjelasan tambahan yang lain (jike perlu). Contoh imej yang dimaksudkan boleh dilihat di sini.

Kegunaan adil atau fair use merupakan penjelasan yang sah kepada imej yang digunakan di Wikipedia berdasarkan status hakcipta mereka. Latihan meletakkan penjelasan berdasarkan undang-undang ini seringkali diabaikan di Wikipedia Bahasa Melayu. Namun, meskipun tidak dikuatkuasakan, dunia Wikipedia masih tertakluk di bawah polisi pengunaan imej. Oleh itu, sila sertakan penjelasaan penuh kepada imej-imej yang anda muat naik ke Wikipedia. Meskipun jarang dilakukan, piecemealcranky telah mula menerapkan penjelasan kegunaan adil di dalam imej-imej yang dimuat naik olehnya. Contoh imej yang dimaksudkan boleh dilihat di sini.

Untuk maklumat lanjut, lihat:

atau baca penjelasan di laman muat naik: