Wikipedia:Larangan penyelidikan asli: Perbezaan antara semakan

tiada ringkasan suntingan
kTiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
 
== Sumber-sumber ==
Penyelidikan yang terdiri daripada pengumpulan dan penyusunan bahan-bahan daripada sumber-sumber yang telah wujud di dalam peruntukan polisi ini dan polisi kandungan lain adalah digalakkan: ini merupakan "penyelidikan berasaskan sumber", dan ianya adalah asas menulis sesuatu ensiklopedia. Namun, sila berjaga-jaga supaya anda tidak melampaui batasan sumber tersebut atau menggunakan mereka dalam kaedah yang tidak konsisten kepada niat sumber itu sendiri, misalnya menggunakan bahan diluar konteks. Secara ringkas, '''patuhi sumber anda'''.
 
Jika sesuatu topik tidak mempunyai sebarang sumber parti ketiga yang sahih, Wikipedia juga seharusnya tidak mempunyai sebuah rencana untuk topik tersebut.
 
=== Sumber yang sahih ===
{{main|Wikipedia:Pengesahan}}
Sebarang kandungan yang dicabar atau mungkin dicabar haruslah disokong oleh sumber yang boleh dipercayai. "Penyelidikan asli" merupakan bahan di mana tiada sebarang sumber sahih boleh ditemui. Satu-satu caranya anda boleh membuktikan bahawa suntingan anda adalah bukan penyelidikan asli adalah dengan menghasilkan sebuah sumber sahih yang telah diterbitkan yang mengandungi bahan dalam topik yang anda sedang usahakan. Walaubagaimanapun, meskipun dengan bahan yang mempunyai punca yang sahih, jika anda menggunakannya diluar konteks atau untuk memajukan posisinya yang tidak disokong oleh sumber tersebut '''secara langsung dan jelas''', anda juga terbabit dalam penyelidikan asli.
 
Rumusannya, antara sumber-sumber yang boleh dipercayai adalah jurnal-jurnal yang diulas serta bahan bacaan yang diterbitkan di universiti; buku-buku teks tahap universiti; majalah, jurnal, serta buku yang diterbit oleh syarikat penerbitan masing-masing; termasuklah [[surat khabar]] harian. Sebagai peraturan umum, lebih ramai orang yang memeriksa fakta, menganalisis isu-isu sah, dan meniliti penulisan, lebih sahihlah penerbitan yng dilakukan. Bahan kandungan yang diterbitkan diri sendiri, meskipun dalam talian atau di atas kertas, secara umum dianggap sebagai '''tidak sahih''', namun masih terdapat [[Wikipedia:Pengesahan|pengecualian]].
 
=== Menggunakan sumber ===
Maklumat di dalam sesebuah rencana haruslah [[Wikipedia:Pengesahan|sah] melalui rujukan yang dipetik. Kenyataan dalam rencana secara umumnya tidak patut bergantungan pada komen atau teks yang tidak jelas atau tidak tekal. Sumber dari teks yang dibuka untuk penterjemahan sebaik-baiknya dipetik dengan telus dan tepat atau dielakkan sama sekali. Sebuah rumusan tehadap perbincangan haruslah mencerminkan kesimpulan yang dicapai oleh penulisnya. Mengekstrak kesimpulan sendiri yang tidak terbukti melalui rujukan yang diberikan dianggap penyelidikan asli tidak mengira jenis sumbernya. Ianya adalah penting bahawa rujukan yang diberikan dipetik berdasarkan konteks dan kekal pada topik asal.
 
 
== Memetik sumberdiri sendiri sebagai rujukan ==
 
 
== Imej-imej asli ==
 
 
== Polisi-polisi berkaitan ==
 
 
=== Pandangan berkecuali ===
7,740

suntingan