Kerajaan tempatan di Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tikar aurum (bincang | sumb.)
Tikar aurum (bincang | sumb.)
Baris 13:
 
===Rombakan menyeluruh===
Walaupun laporan Suruhanjaya di-RajaDiraja itu tidak diterima, kebanyakan penemuannya telah dijadikan asas untuk menyusun semula keseluruhan sistem kerajaan tempatan di Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak). Bertunjangkan cadangan Suruhanjaya di-Raja tersebut, penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang baru mentadbir hal-ehwal kerajaan tempatan yang diberi nama Akta KerjaanKerajaan Tempatan dilakukan dengan berperingkat-peringkat. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada waktu itu, Ong Kee Hui melalui jawatankuasa kabinet yang mengkaji laporan Suruhanjaya di-RajaDiraja, memulakan penyusunan semula itu dengan memperkenalkan Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan Sementara) 1973. Akta ini memberi peruntukan perlembagaan sementara kepada kerajaan persekutuan untuk mengkaji semua undang-undang berkaitan kerajaan tempatan yang dipegang oleh kerajaan negeri. Hasilnya 3 undang-undang baru diwartakan yang mengubah secara langsung sistem kerajaan tempatan di negara ini, iaitu Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Akta Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
 
Beberapa perubahan penting telah berlaku dengan penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Akta baru itu hanya membenarkan penubuhan 12 majlis perbandaran dan 90 majlis daerah sepanjang tiga tahun berikutnya. Ini bermakna semua majlis tempatan yang sedia ada disatukan samada bagi membentuk majlis perbandaran atau majlis daerah bergantung kepada keadaan pada waktu itu. Yang paling penting sekali ialah pemansuhan terus pilihan raya kerajaan tempatan. Melalui akta ini, pegawai-pegawai majlis tempatan akan dilantik manakala sebahagian besar majlis daerah akan diketuai oleh pegawai-pegawai daerah masing-masing. Kedua-dua perubahan ini dan beberapa peruntukan lainnya secara langsung telah memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan untuk ''mengawal'' kerajaan tempatan yang sebelum ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri.
 
Rombakan ini secara langsung telah mengubah peranan kerajaan tempatan. Sebelum tahun 1970-an kerajaan tempatan dianggap sebagai salah satu saluran dalam amalan demokrasi di negara ini selain parlimen dan dewan undangan negeri. Tetapi, selepas rombakan dibuat, peranan itu diubah kepada saluran untuk mempercepat dan menggalakkan pembangunan. Hal ini disimpulkan oleh penganalisaseorang pemerhati politik yang bernama M. W. Norris pada tahun 1978:<ref name=norris />
{{cquote|Visi baru untuk kerajaan tempatan di Malaysia ini mempunyai kepentingan politik yang amat besar. SebuahPenyusunan semula sistem kerajaan tempatan yang telah disusun semula akan memberikan anjakandorongan baru kepada pihak berkuasa tempatan untuk majumara melangkauimerentasi peranan tradisinya seperti pengumpulan sampah dan pemeriksaan kebersihan atau penyenggaraan am kepada pembangunan dan pengurusan bandar.}}
 
==Hierarki kerajaan tempatan==