Penyiaran: Perbezaan antara semakan

penyebaran kandungan audia dan video kepada umum melalui bahantara perhubungan massa
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Laman baru: '''Penyiaran''' ialah pengedaran [Isyarat (telekomunikasi)|isyarat]] audio dan/atau video yang memancarkan rancangan kepada audiens, baik orang ramai mahupun golongan-g...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 05:28, 26 Julai 2008

Penyiaran ialah pengedaran [Isyarat (telekomunikasi)|isyarat]] audio dan/atau video yang memancarkan rancangan kepada audiens, baik orang ramai mahupun golongan-golongan tertentu.

Terdapat pelbagai jenis sistem penyiaran yang berbeza-beza keupayaannya. Sistem penyiaran yang terkecil merupakan sistem siar raya berinstitusi yang memancarkan perbualan dan muzik dalam lingkungan tempat-tempat terbatas seperti sekolah atau hospital, dan stesen radio atau televisyen berkuasa rendah yang memancarkan program dalam kawasan setempat yang kecil. Penyiar radio dan televisyen kebangsaan menikmati liputan seluruh negara melalui menara pemancar ulang, sistem satelit dan edaran kabel. Penyiaran radio dan televisyen satelit boleh meliputi kawasan-kawasan sebesar seluruh benua, manakala saluran Internet boleh mengedar teks atau audio dan video berstrim ke seluruh dunia. Individu juga boleh menggunakan perkhdimaan Internet untuk mengedarkan bunyi atau video penstriman atau podcast.

Turutan kandungan dalam penyiaran dipanggil jadual. Seperti ikthiar teknologi yang lain, lahirnya istilah-istilah teknikal berkenaan penyiaran. (Rujuk istilah-istilah penyiaran) Rancangan televisyen dan radio diedarkan melalui penyiaran radio atau cable, atau kedua-duanya serentak. Dengan mengekodkan isyarat dan memiliki kelengkapan penyahkodan di rumah, kelengkapan penyahkodan juga membolehkan penerimaan perkhidmatan saluran berlanggan dan pay-per-view.

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan oleh stesen-stesen untuk bersiaran secara berterusan dan cekap, setiap satunya berbeza mengikut cara pembiayaannya:

Penyiar boleh bergantung pada lebih daripada satu model perniagaan tersebut.

See also