Bani Aghlab: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
 
Emir-emir dinasti '''Aghlabiyah''', anggota satu kabilah [[Arab]] iaitu [[Bani Tamim]], pernah memerintah [[Ifriqiya]] (Afrika Utara) mewakili [[khalifah]] [[Abbasiyah]] hanya pada nama sahaja selama satu abad sehinggalah mereka digulingkan oleh [[Fatimiyah]] yang muncul sebagai satu kuasa baru di Afrika Utara.
 
Pada tahun 800, Khalifah Abbasiyah [[Harun al-Rashid]] telah melantik [[Ibrahim I ibn al-Aghlab]] sebagai [[Emir]] Ifriqiya yang akan diwarisi turun-temurun sebagai jawapan kepada keadaan huru-hara yang telah berleluasa di wilayah tersebut berikutan jatuhnya [[Muhallabiyah]]. Dia dikehendaki mengawal sat kawasan yang merangkumi timur [[Algeria]], [[Tunisia]] dan [[Tripolitania]]. Walaupun hanya bebas berkuasa pada nama, dinastinya masih lagi mengiktiraf ketuanan Abbasiyah.