Perbezaan antara semakan "Shotaro Ishinomori"

876 bait ditambah ,  12 tahun lalu
Seni Ishinomori agak mengingatkan seseorang kepada mentor beliau, [[Osamu Tezuka]]. Kisah benar pertemuan pertama beliau dengan Tezuka digambarkan dalam sebuah cerpen empat halaman yang dikarang sebagai bahan tambahan untuk cetakan semula manga ''[[Astro Boy (1960-an)|Astro Boy]]'' 1970-an. Sekitar tahun 1955, Ishinomori menghantar hasil kerja beliau kepada satu peraduan yang mencari bakat baru untuk majalah ''Manga Shonen''. Tezuka kagum dengan lukisan beliau lalu meminta Ishinomori untuk membantunya dengan ''Astro Boy''.
 
Terdapat juga komik adaptasi permainapermainan video ''[[The Legend of Zelda: A Link to the Past]]'' yang direka untuk majalah A.S. ''[[Nintendo Power]]'' oleh Ishinomori.
 
[[Image:IshinomoriShotaro hand.jpg|thumb|right|Patung gangsa tangan Ishinomori di halaman luar Muzium Mangattan]]
 
Pada akhir tahun [[1997]], [[Kazuhiko Shimamoto]], seorang [[mangaka]] yang muda dan beraspirasi, dihubungi oleh Ishinomori yang semakin uzur lalu meminta kebenaran beliau agar meneruskan (tetapi lebih kepada membikin semula) manga satu jilid ''[[Skull Man]]'' tahun 1970 (yang menjadi asas kepada ''[[Kamen Rider]]''). Ishinomori yang telah menjadi salah seorang idola Shimamoto sewaktu kecil, memfakskan salinan-salinan cadangan kisah an catatan plot kepadanya. Shimamoto teruja kerana dipilih untuk mengusahakan karya agung Ishinomori yang terakhir.
 
Shimamoto sudah melibatkan diri dalam penghidupan semula antara karya-karya lama Ishinomori yang lain (termasuk ''[[Kamen Rider]]'') tetapi tidak pernah diimpikannya bahawa dialah yang terpilih untuk kolaborasi terakhir bersama Ishinomori dan penghiudpan semula ''Skull Man'' yang sudah dijadikan anime pada tahun 2007.
 
==Motif/Tema==
Pengguna awanama