Islam di Sri Lanka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 12:
==Sejarah Islam di Sri Lanka ==
Dengan kedatangan pedagang-pedagang Arab pada kurun ke-8, Islam mula berkembang mekar di Sri Lanka. Golongan pertama yang menganut agama Islam ialah para pedagang Arab dan isteri keturunan tempatan mereka yang dikahwini setelah memeluk Islam. Pada kurun ke-15, pedagang-pedagang Arab telah menguasai banyak perdagangan di Lautan Hindi termasuklah Sri Lanka. Ramai antara mereka yang bermastautin di pulau itu lalu menggalakkan penyebaran Islam. Bagaimana pun, apabila orang Portugis tiba pada kurun ke-16, ramai keturunan Muslim mereka (Orang Moor Sri Lanka) telah ditindas lalu memaksa mereka berhijrah ke Tanah Tinggi Tengah dan ke kawasan pantai timur negara itu.
 
Semasa kurun-kurun ke-18 dan 19, orang Islam [[Jawa]] dan [[Malaysia]] dibawa masuk oleh penjajah Belanda dan British lalu menyumbang kepada pertumbuhan populasi Muslim di Sri Lanka. Keturunan mereka, kini adalah [[orang Melayu Sri Lanka]], menerima pakai beberapa tradisi Islam orang Moor Sri Lanka di samping juga menyumbang amalan budaya Islam mereka yang unik kepada kumpulan-kumpulan Muslim lain di pulau tersebut.
 
==Orang Moor Sri Lanka==