Kurosaki Ichigo: Perbezaan antara semakan

1,877 bait ditambah ,  13 tahun lalu
Babak ini juga mendedahkan kedudukan Ulquoirra sebagai ''Quatro Espada
'' ''atau Espada keempat.
 
Sedang Ichigo baring dalam keadaan tidak bernyawa, Grimmjow datang membawa Orihime untuk menghidupkan semula Ichigo. Ichigo yang sedar semula terkejut melihat Orihime bersama Nell disampingnya. Kemudian datang Ulquoirra lalu yang mempersoalkan tindakan Grimmjow. Berlaku satu perkelahian antara mereka berdua yang menyebabkan Ulquoirra dikurung di dimensi lain buat sementara tetapi turut mencederakan tangan Grimmjow.
 
Grimmjow mengarahkan Orihime untuk cepat memandangkan kuasa Ulquoirra mampu membuka kembali kurungan itu dalam beberapa jam. Orihime membantah kerana Grimmjow pasti akan mencederakan Ichigo lagi selepas dia menyembuhkannya. Namun sebaliknya Ichigo meminta Orihime untuk menyembuhkannya beserta tangan Grimmjow kerana dia ingin mereka bertarung secara adil.
 
Pertarungan tercetus dan Ichigo menggunakan kuasa Vaizard yang menyebabkan Orihime bagai ketakutan kerana teringatkan abangnya yang menjadi Hollow. Dalam satu situasi yang menghimpit Ichigo, Nell telah meminta Orihime agar memberi galakan kepada Ichigo dan menjelaskan Ichigo datang ke Hueco Mundo demi dirinya dan menggunakan kuasa tersebut juga demi dirinya. Orihime yang sedar mula memberikan galakan dan mengatakan yang dia hanya mahu Ichigo terus hidup dan tidak kisah jika dia kalah. Ichigo yang seolah-olah mendapat semangat baru akhirnya berjaya mengalahkan Grimmjow.
 
Sedang mereka bersiap hendak ke tempat rakan mereka, Grimmjow bangun dan ingin meneruskan pertarungan. Ichigo menghalangnya sambil memberitahu bahawa dia telah tewas. Tiba-tiba muncul pendatang yang tidak diundang, Nnoitora Jiruga yang menghentak Grimmjow dengan senjatanya.
 
Ichigo yang baru saja habis berlawan kini terpaksa menentang Nnoitora pula namun gagal menyainginya kerana hilang banyak tenaga. Dalam keadaan terhimpit, Nell cuba membantu dengan mengenakan ''cero'' keatas Nnoitora namun mudah ditangkis olehnya.
''
 
Pengguna awanama