Istana Maziah: Perbezaan antara semakan
tiada ringkasan suntingan
Cassiopeta7 (bincang | sumb.) Tiada ringkasan suntingan |
Tiada ringkasan suntingan |
||
[[Imej:Maziahcopy.gif|thumb|300px|Istana Maziah pada 1920-an.]]
[[Imej:Istana.gif|thumb|Istana Maziah sekarang]]▼
Istana Maziah adalah lambang kemegahan institusi kesultanan [[Terengganu]]. Istana ini terletak berhampiran dengan [[Bukit Puteri]], kira-kira 220 meter dengan gigi air sungai [[Kuala Terengganu]]. Di istana inilah upacara rasmi negeri diadakan seperti istiadat pertabalan dan kemahkotaan Sultan Terengganu, berkhatan, bertindik, perkahwinan dan sambutan tetamu utama negeri.
Dia adalah saudara ipar kepada Sultan Zainal Abidin III. Selain daripada itu terdapat beberapa tokoh lagi yang turut sama menyumbang dalam pembinaan istana ini. Mereka yang bertanggungjawab menyiapkan pelan dan binaan istana serta menghias bahagian dalaman istana ialah Engku Besar Paduka Raja Sayyid Abdullah bin Zin Al-Idrus, Encik Muhammad bin Abdul Rahim ( lebih dikenali dengan nama Encik Mat ) dan juga Dato’ Mata-Mata. Di samping itu tugas mendapatkan kayu, kebanyakannya dari Dungun diuruskan oleh Tengku Panglima Besar Tengku Muda Kechik. Manakala pengurusan batu bata dan kapur pula diserahkan kepada Tengku Besar Paduka Indera. Bahan yang digunakan dalam pembinaan istana ini terdiri daripada campuran kapur, tanah liat, pasir garam, putih telur dan manisan.
▲[[Imej:Istana.gif|thumb|300px|left|Istana Maziah sekarang.]]
Kira-kira 20 orang tukang [[Melayu]] dan [[Cina]] terlibat dalam pembinaan Istana Maziah. Masalah kewangan pada masa itu telah menyebabkan pembinaan istana ini tertangguh. Walaupun begitu, istana ini telah siap dan upacara " naik istana " diadakan pada 7 Ogos 1903 ( 14 Jamadil Awal 1312 ). Tidak berapa lama selepas Istana Maziah siap, Tengku Embong Musa, Ketua Jabatan Kerja Raya menambah lantai di bahagian anjung istana tersebut.
|