Badan Peguam Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Robot: interwiki standardization
Che090572 (bincang | sumb.)
Baris 44:
Majis Peguam pada mulanya merancang Perarakan [[hak asasi manusia]] sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia pada [[10 Disember]] 2007 yang bertema "Kepercayaan Saya: Kebebasan Bersuara Menerusi Muzik, Budaya dan Kesedaran". Tetapi kemudian dibatalkan kerana terpaksa memohon permit daripada [[polis]]. [[Ketua Polis Negara]], Tan Sri [[Musa Hassan]] menjelaskan bahawa setiap perhimpunan mestilah mendapat permit sebagaimana tuntutan Perkara 10(2) [[Perlembagaan Persekutuan Malaysia]]. Presiden Majlis Peguam, [[Ambiga Sreenevasan]] tidak dapat menerima syarat polis ini kerana syarat itu jelas mencabul hak berhimpun secara aman. Dato Mohamad Nazri Aziz mencadangkan Majlis Peguam membawa kes itu mahkamah untuk menentukan tafsiran Perkara 10(2) dan Akta Polis yang berkaitan dengan perhimpunan. Dalam hal ini Majlis Peguam dan pembangkang 'senada' sahaja. <ref>http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a</ref>
 
Pada 9 Disember 2007, Edmund Bon yang merupakan Pengerusi Biro Hak Asasi Manusia Majlis Peguam telah ditahan polis kerana menghalang pegawai [[Dewan BandarrayaBandaraya Kuala Lumpur]] (DBKL) menurunkan kain rentang di hadapan bangunan Majlis Peguam .
 
8 orang peguam lain telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) Jalan Pudu pada 9 Disember 2007 jam 8.30 pagi. Mereka ialah N. Surendran, Latheefa Koya, Eric Paulsen, R Sivarasa, Amer Hamzah, Anthony Andu, Norazah Othman serta seorang aktivis lain ditahan kerana hadir dalam sambutan [[Hari Hak Asasi Manusia]] di Jalan [[Tun Perak]], [[Kuala Lumpur]]. Bangunan Majlis Peguam terletak berhampiran [[Pasar Seni]], [[Kuala Lumpur]].Timbalan Ketua Polis IPK Dang Wangi, Superintendan Che Ismail Che Hamzah tidak mahu sebarang insiden tidak diingini akan berulang.