Narcissa Malfoy: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 18:
===Kehidupan awal===
Narcissa Black merupakan anak bongsu kepada [[Cygnus Black II|Cygnus Black]] dan isterinya, [[Druella Rosier|Druella (née Rosier)]], yang dilahrikan pada [[1955]]. Beliau mempunyai dua orang kakak, [[Bellatrix Lestrange|Bellatrix]] dan [[Andromeda Tonks|Andromeda]]. Narcissa telah dididik sejak kecil berkenaan falsafah keturunan sihir tulen dan membesar dengan perasaan prejudis. Disebabkan itu, beliau memutuskan hubungan dengan kakaknya Andromeda selepas kakaknya itu disingkirkan daripada keluarga kerana mengahwini ahli sihir berkelahiran [[Muggle]], [[Ted Tonks]] dan namanya dalam salasilah keluarga Black juga telah dibakar.{{HP7}}
 
Narcissa telah mendapatkan pendidikan di [[Sekolah Sihir Hogwarts]] dan dimasukkan ke rumah [[Slytherin]], tempat beliau bertemu dengan bakal suaminya [[Lucius Malfoy]].{{HP2}}
 
===Kehidupan berkeluarga===
Selepas tamat pengajian di Hogwarts, lebih kurang penghujung tahun [[1970-an]], Narcissa mengahwini Lucius. Keluarga [[Malfoy]] menetap di sebuah rumah yang mewah yang terletak di selatan perkampungan Wiltshire, England. Suaminya memperkenalkan Narcissa kepada kehidupan [[Death Eater]] dan kesetiaan terhadap [[Lord Voldemort]], walaupun beliau sendiri tidak pernah mempunyai Tanda Kuasa Hitam. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan [[Draco Malfoy|Draco]]. Narcissa mengikuti tradisi keluarganya yang menamakan anak-anaka sempena nama bintang dan buruj.