Ayer Tawar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 9:
Ayer Tawar pada asalnya diterokai oleh Orang-Orang Sumatra yang berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu. Ada pendapat yang mengatakan orang-orang Sumatra ini kebanyakan mereka datang dari Daerah Panai, Sumatra Timur, Daerah Kota Pinang , Labuhan Batu serta beberapa wilayah lain seperti Batu Bara dan lain-lain. Ada juga pendapat yang mengaitkan penghijrahan orang-orang Sumatra ini kerana kesan Perang Padri yang berlaku lingkungan tahun 1830-an.
 
Mereka membuka perkampungan Ayer Tawar sempena menamakan Sungai Ayer Tawar itu jernih, bersih dan tawar airnya. Maka dikatakan pada waktu itu dinamakan Kampung Ayer Tawar sempena dengan nama Sungai Ayer Tawar. Boleh dikatakan Penduduk Asal Ayer Tawar telah didiami oleh Orang-Orang Mandailing, Panai dan sedikit Jawa. Kebanyakan orang Mandailing yang menetap di Ayer Tawar ialah dari kalangan Marga Nasution, Hasibuan dan sedikit Lubis. Ini mungkin disebabkan kesan dari Perang Kelang yang berlaku pada penghujung tahun 1870-an. Kesan Perang Kelang ini telah membawa kepada penghijrahan Orang-orang Mandailing dari Kuala Lumpur ke Batu Gajah. Serpihan daripada pengikut-pengikut Raja Asal seperti orang kanan dan panglima mereka berhijrah dan membuka kebun di Ayer Tawar sebelum Penguasaan Inggeris sepenuhnya di Negeri Perak. Bukti ini masih jelas jika melihat ada terdapat bangunan-bangunan di Pekan Ayer Tawar yang dibangunkan oleh orang Mandailing bermargaberwarga Nasution dan sebagainya.
 
Orang-orang Jawa juga ada membuka perkampungan di Kampung Sungai Rambai mereka juga adalah berasal dari pulau Jawa. sama seperti orang-orang Panai , Mandailing dan Batu Bara yang berhijrah dari Pulau Sumatra.