Luna Fantasiku: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 44:
 
==Sinopsis==
''Luna Fantasiku'' mengisahkan pencarian Midus untuk seorang kekasih yang mirip watak wanita utama di dalam [[anime]] kegemarannya. Kehidupan Midus terumbang-ambing apabila kekasih hatinya, Sarah, memutuskan hubungan mereka apabila wujud orang ketiga. Sebagai seorang [[animator]], dunia Minus lebih cenderung ke arah legar siber lantar menimbulkan kesunyian yang menyebabkan dirinya ingin mencari kekasih baru. Kerana minatnya yang mendalam kepada anime ''Final Fantasia'', Midus nekad mencari seorang yang mirip Luna, salah seorang watak utama di dalam anime kegemarannya itu. Keputusan Midus mendapat sokongan mantap daripada sahabat karibnya, Nico. Usaha menemui kekasih idamannya di laman web GUASPACE disulami pelbagai insiden yang melucukan. Tetapi akhirnya Midus berjaya menemui seorang gadis yang juga bernama Luna. Namun, percintaan mereka yang baru memutik diganggu apabila Sarah muncul kembali dalam kehidupan Midus. Dugaan Midus ditambah apabila Luna terpaksa pulang ke JepunSingapura atas urusan keluarga.<ref>{{cite web|title='Luna Fantasiku' Drama Online Terbaru Gua|author=Li Ee Kee|publisher=gua.com.my|date=2008-07-07|url=http://www.gua.com.my/Entertainment/News-Detail.aspx?ArticleID=2088&Shared=Pending|accessdate=2008-07-11}}</ref>
 
==Watak==
;Midus ([[Sahee Shamsudin]]):Watak utama siri ''Luna Fantasiku''. Mula-mulanya, dia bekerja sebagai animator di [[Singapura]], tetapi setelah diberhentikan kerja atas sebab ekonomi, dia berpindah kembali ke [[Kuala Lumpur]] untuk mengambil kerja pelukis komik. Midus asyik mengidam-idamkan teman wanita yang seayu watak Luna dari siri anime ''Final Fantasia'', sehingga pada suatu hari hajatnya tertunai apabila bertemu dengan gadis seayu watak anime tersebut yang kebetulan namanya Luna. Nama Midus dipetik dari "[[Tidus]]", seorang watak [[permainan video]] ''[[Final Fantasy X]]''; begitu juga dengan nama ''Final Fantasia'' sendiri yang diilhamkan oleh nama [[Final Fantasy|siri permainan video]] berkenaan.