Goda (drama): Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 56:
{|class=wikitable
|-
! # !!width=10%| Tajuk !!width=10%| Tarikh penyiaran !!width=45%| Sinopsis !!width=35%| Subplot
|-
| 1 || Yakinkah Aku? || [[14 Ogos]] [[2008]] || Sanya sudah tiga kali mengemukakan surat letak jawatan tetapi tetap digesa agar mencari cerita-cerita yang gempar bagi pihak tabloid. Setelah membuka laman web yang dikelola oleh "M" si pakar cinta, maka dia sudah mencari jalan untuk memuaskan majikanya. Sementara itu, Burhan diminta membantu Adela membentangkan cadangan baru di mesyuarat biarpun cenderung gugup. Semenjak itu, Burhan makin jatuh hati pada Adela tetapi kekurangan yakin diri kerap menjadi penghalang. || Amirul ([[Mnive Isa]]) si jurujual kereta meminta nasihat M untuk menawan hati seorang pelanggan wanita bernama Shila ([[Najihah Zamanhuri]]) yang diidamkannya menjadi teman.
Baris 65:
|-
| 4 || Terbangkanlah Aku || [[4 September]] [[2008]] || Adela dengan berat hatinya memaafkan kesalahan Burhan sambil memintanya membentuk strategi baru, lalu membawa Burhan ke sana sini untuk memperbaiki keperibadian Burhan. M memesan Burhan agar melapangkan fikirannya agar mudah mencari jalan. Sementara itu, Sanya merasa dirinya makin menghampiri rahsia M dan meminta rakan sekerja Budi menelefon M pada waktu siarannya. || Deen ([[Afiq Nazmi Azmi]]) dan Zora ([[Nurul Wahida]]) bertengkar gara-gara keraguan mengenai komitmen cinta Deen, maka Deen perlu meminta nasihat M untuk membaiki hubungannya.
|-
| 5 || Antara Dua Darjat || [[11 September]] [[2008]] || Adela tidak puas hati dengan mutu pembentangan Burhan di mesyuarat terbaru, maka Dato' Razak mencadangkan Burhan dibawa ke majlis perkahwinan Masnita ([[Nabila Huda]]) dan Tamrin ([[Razif Hashim]]) untuk tujuan memahami jenis pembeli yang disasarkan. Di sana, Burhan memperoleh nasihat dari seorang tetamu mengenai mengenali sasaran produk syarikatnya. Akan tetapi, tidak kurang juga kejadian yang tidak diingini di majlis itu. || N orang berada, tetapi Ken lain pula. Maka Ken mendapat nasihat M untuk mengatasi rintangan cinta merentas darjat. Oleh itu, Ken membikin video khas untuk N sempena hari jadi N.
|}
|