Perbezaan antara semakan "Suku Bidayuh"

2,359 bait ditambah ,  11 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Mereka kebanyakannya beragama [[Kristian]]. Hanya sebahagian sahaja yang menganut agama [[Islam]] dan [[animisme]].
 
Pada zaman dahulukala suku kaum bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi. TujuannyaIni adalah untukbagi faktortujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh.strukturStruktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.
 
Rumah panjang Masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama, awah dan tanju.
Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa sekarang. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti Gong, tajautempayan, tembikar dan seumpanyasebagainya. IaRuang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari.
Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang Masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada dewasa ini. Di "awah" masyarakat Bidayuh menjalankan aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya.
"tanju" pulaadalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat bidayuh. Bahagian Tanju agag terdedah dan lazimnya ia tidak bertup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk Menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan sebaginya.
'''
'BAHASA BIDAYUH
 
Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa bahasa lain yang terdapat di Sarawak. Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan,pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. Lazimnya bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu. Ini menyebabkan suku kaum ini sukar untuk berkomunikasi antara satu sama lain sekiranya mereka dari suku dan daerah yang belainan. Sebagai contoh suku Bidayuh dari Kawasan serian menyebut "makan" ialah "ma-an" manakala suku Bidayuh dari kawasan padawan pula menyebut "makan" sebagai "man".
 
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT BIDAYUH
 
Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi Kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju samada berlengan pendek atau separuh lengan dan sepasang sarung hitam paras lutut dihiasi manik manik halus pelbagai warna denagn kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala kain berwarna warni dengan sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh.Kaum Lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah dan putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini.
 
MUZIK MASYARAKAT BIDAYUH
 
{{Kumpulan etnik di Malaysia}}
Pengguna awanama