Perbezaan antara semakan "Suku Bidayuh"

tiada ringkasan suntingan
Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang Masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada dewasa ini. Di "awah" masyarakat Bidayuh menjalankan aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya.
"tanju" pulaadalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat bidayuh. Bahagian Tanju agag terdedah dan lazimnya ia tidak bertup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk Menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan sebaginya.
 
'''
'BAHASA BIDAYUH
 
Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa bahasa lain yang terdapat di Sarawak. Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan,pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. Lazimnya bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu. Ini menyebabkan suku kaum ini sukar untuk berkomunikasi antara satu sama lain sekiranya mereka dari suku dan daerah yang belainan. Sebagai contoh suku Bidayuh dari Kawasan serian menyebut "makan" ialah "ma-an" manakala suku Bidayuh dari kawasan padawan pula menyebut "makan" sebagai "man".
Pengguna awanama