Sepet (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Robot: interwiki standardization
Aviator (bincang | sumb.)
remove multiple occurences of

Baris 21:
== Jalan cerita ==

Lee Seow Loong, juga dikenali sebagai Jason ialah seorang penjaja cakera padat video ([[VCD]]) cetak rompak di sebuah pasar malam di suatu pelusuk di Bandaraya Ipoh. Hidup Jason bertukar apabila seorang anak dara Melayu yang baru sahaja tamat [[SPM]], Orked, tiba di gerainya mencari filem pelakon kegemarannya, [[Takeshi Kaneshiro]]. Kedua-dua orang tertarik oleh rupa wajah satu sama lain dan jatuh hati serta-merta. Jason meninggalkan nombor telefon bimbitnya di dalam kotak VCD yang dibeli Orked yang turut menghubungi Jason. Lantas, mereka berdua terus menjumpai satu sama lain dan begitulah pertalian cinta yang melintasi sempadan perbezaan bangsa mekar antara Jason dan Orked. Gara-gara percintaan mereka terbukti dengan mengambil gambar kenangan, makan serta berjalan dalam hujan bersama. Ada di kalangan rakan sekelas Orked mengejeknya kerana bersama seorang yang bukan sama warna kulit dengannya, namun Orked tidak mempedulikannya lantaran melemparkan hujahnya yang berbunyi, "''For generations, Malay men have been marrying outside their race (Selama berapa keturunan, lelaki Melayu berkahwin di luar lingkungan bangsanya). Sekarang aku (perempuan Melayu) nak buat, semua bising!''"

Cinta itu bukan tiada ujian daripada-Nya. Lantaran apabila Jason diekori ketua kongsi gelap kawasan Jason menjaja VCDnya, Jimmy, kerana mengesyakinya yang menyebabkan adiknya Maggie hamil ketika dia berada di Hong Kong pada masa itu. Kehamilan Maggie bukan disengajakan lantaran dia sendiri yang enggan melepaskan Jason yang dianggap sebagai teman lelakinya lalu berasmara dengannya. Apabila Orked mengetahui perkara ini, dia memutuskan segala komunikasi dengan Jason namun masih mempunyai sedikit perasaan terhadapnya.

Keadaan itu berlarutan sehinggalah Orked memperoleh biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Ibunya, Mak Inom, dan orang gaji rumahnya, Kak Yam, yang masih berhubung dengan Jason memberitahu Jason hal tersebut. Jason yang sangat rindu terhadap Orked bergegas ke lapangan terbang dengan menaiki motosikalnya pada hari Orked dijadualkan bertolak untuk menemuinya buat kali terakhir. Dalam perjalanan ke lapangan terbang bersama ibu bapanya, Mak Inom memujuk Orked untuk membaca surat terakhir yang dikirim oleh Jason kepadanya. Dalam surat itu, Jason meluahkan perasaan rindunya yang amat terhadap Orked dengan memberitahunya bahawa dia tidak dapat tidur kerana gagal menuliskan sebuah sajak tentang Orked; akhirnya Jason sedar bahawa Orked merupakan sajak yang dikurniakan-Nya kepadanya. Jason ingin mendengar suara Orked buat kali terakhir supaya dia dapat tidur dengan nyenyak. Pernyataan tersebut menusuk kalbu Orked menyebabkannya menitiskan air mata. Mak Inom kemudian memujuknya supaya menelefon Jason dan memberitahunya perasaan sebenar Orked terhadapnya.