Perbezaan antara semakan "Wikipedia:Transliterasi Arab-Rumi"

addendum: Transliterasi ringan
(menepati unicode, beritahu saya kalau ada huruf yang rosak)
(addendum: Transliterasi ringan)
 
Perhatikan bahawa sesetengah huruf seperti ''ṣ'' dan ''ṯ'' adalah aksara-aksara khas dalam pengekodan [[Unicode]] dan tidak boleh ditaip secara terus dengan menggunakan papan kekunci komputer biasa. Hal ini boleh menimbulkan kesukaran bagi para penyunting. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda boleh pergi ke laman ini (petua: gunakan jalan pintas [[WP:TAR]]), menyalin aksara-aksara yang berkaitan daripada jadual yang disediakan dan menampalnya dalam rencana yang disunting. Namun, jika anda berasa bahawa kaedah ini menyulitkan, anda boleh menggantikan aksara-aksara khas tersebut dengan huruf Rumi biasa yang paling hampir pada papan kekunci (perbuatan sebegini dikenali sebagai ''transliterasi ringan'').
 
== Transliterasi ringan ==
 
Berikut adalah panduan tambahan untuk kaedah transliterasi ringan yang menjadi kelaziman dalam penulisan.
 
* Tā' marbūṭaṯ boleh dilambangkan dengan ''t'' atau ''h'' mengikut kesesuaian.
* Huruf thā' boleh dilambangkan dengan ''s''.
* Huruf dhāl boleh dilambangkan dengan ''z''.
* Tanda-tanda diakritik khas (seperti titik di bawah ''ṣ'' dan garis di bawah ''ṯ'') boleh diabaikan.
* Tanda koma atas yang melambangkan 'ayn atau hamzaṯ boleh digugurkan atau digantikan dengan ''k'' mengikut kesesuaian. Contohnya, معبود boleh ditulis ''makbud''.
* Huruf musyaddad (mempunyai tanda syiddaṯ) pada akhir kalimah tak perlu digandakan. Contohnya, ملفّ boleh ditulis ''malaf''.
* Diftong yang berakhir dengan yā' boleh dilambangkan dengan ''ai'' dan diftong yang berakhir dengan wāw boleh dilambangkan dengan ''au''. Contohnya, موقوف boleh ditulis ''mauquf''.
* Yā' musyaddad atau wāw musyaddad pada akhir kalimah boleh diabaikan. Contohnya, حنفيّ boleh ditulis ''Hanafi'' dan علوّ boleh ditulis ''ulu''.
* Kalimah عبد yang diikuti oleh alif lām al-ta'rīf dalam nama orang boleh ditransliterasikan sebagai ''Abdul'' dan ditambah tanda jarak. Contohnya, عبد الرحمن boleh ditulis ''Abdul Rahman''.
 
== Nota kaki ==
4,232

suntingan