Vincent Tan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Aurora (bincang | sumb.)
kemaskini
Baris 1:
''' Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun''' dikenali(lahir juga1952; sebagai陳志遠, Vincent[[pinyin]]: TanChén lahirZhìyuǎn), padalebih 1952dikenali .sebagai Beliau'''Vincent Tan''', merupakan bilionairseorang ahli perniagaan Malaysia. Beliau menjadi CEO beberapa syarikat multinasional seperti Berjaya Industries Berhad, MITV,MiTV dan DiGi . Majalah Forbes menyenaraikan beliau dalam kelab bilionair Malaysia ke-9 dengan aset RM4.2 bilion.
 
== Latar belakang ==
Vincent Tan berasal dari keluarga [[elit]] dan moyangnya berasal dari Yongchun , wilayah Fujian berhampiran bandar Quanzhou , China. Datuknya keturunan pedagang Teochew dan mula berdagang di Jalan Lumba Kuda, Singapura pada abad ke-19.
 
Datuknya Frank Tan berhijrah ke Batu Pahat, Johor dan memiliki kedai menjual pelbagai senjata api . Keluarganya juga memiliki ladang di Perak.
 
== Syarikat ==
Beliau menguasai Berjaya Kawat Berhad dari syarikat asalnya Broken Hill Proprietary Ltd, Australia and National Iron & Steel Mills, Singapore. 17,000 pekerja bekerja dengan syarikat gergasi ini.
 
Syarikat miliknya , Berjaya Group menjalankan perniagaan sejak 1984 seperti surat khabar The Sun. Menjalankan perniagaan judi berlesen sah melalui Berjaya Sport Toto Berhad , Pan Malaysian Pool Sdn Bhd dan [[Magnum]] Corporation Berhad.
 
Syarikat [[Berjaya Air]] dan Berjaya Hotel merupakan syarikat yang terbabit industri perhotelan, resort dan kapal terbang kecil. Antaranya ialah Berjaya Hotel di pulau Tioman. Pelancong dibawa ke pulau Tioman dari Lapangan Terbang Subang dengan syarikat Berjaya Air. Berjaya Air berasal dari Pacific Air Charter yang ditubuhkan pada 1989. Kini Berjaya air membawa penumpang ke pulau Pangkor , Redang, Tioman, LpanganLapangan Terbang Seletar, Singapura dan Lapangan Terbang Samui di Koh Samui, Thailand.
 
Berjaya Hill Resort atau Bukit Tinggi Resort merupakan resort percutian di Bukit Tinggi , Pahang, bersebelahan dengan Genting Highland. Keluasan 16,000 ekar terletak pada aras 2700 kaki dari aras laut di sebelah kiri Lebuh raya Karak. Latar belakang resort ini ialah Banjaran Titiwangsa dengan tema perkampungan dan senibina Perancis.
 
Menara [[Berjaya Times Square]] terletak di segi tiga emas Pudu - Bukit Bintang, Jalan Imbi dan Jalan Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Di sini terletaknya pawagam IMAX 3D , Cosmos World, Border dan pasar raya Metrojaya. Sistem Monorail Kuala Lumpur menghubungi menara ini di Stesen Imbi.
 
Syarikat [[DiGi]] Telecommunication merupakan pengendali telefon bimbit ke-3 penting di Malaysia kerana menguasai 21 % pasaran telefon selular..
 
[[MiTV]] merupakan syarikat televisyen berbayar yang cuba memecahkan monopoli Astro di Malaysia dan Asia Tenggara. MiTV mendapat status MSC kerana menggunakan teknologi terkini . Bagaimanapun syarikat ini tidak berjaya . MiTV menggunakan tranmisi yang disediakan oleh Runcom Technologies Ltd - sebuah syarikat Israel. MiTV Networks Sdn Bhd beroperasi di Subang Hi-Tech, Shah Alam, Selangor. Pengerusi MiTV ialah Datuk Rosman Ridzwan.
 
Informatics Education Ltd memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk belajar di peringkat sijil dan diploma dalam jurusan komputer, bahasa, perakauan dan lain-lain. Ditubuhkan sejak 1983 mempunya 113 cawangan di 22 negara. Pengerusinya ialah Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Bin Othman.<ref>[http://www.informaticseducation.com/invrelations.htm Chairman Massage]</ref>
 
Kilang [[Inokom]] Corp Bhd memasang kenderaan Hyundai. Antara model yang dikeluarkan ialah Inokom Lorimas, Inokom Atos, Inokom Getz, Inokom Matrix and Inokom Santa Fe.
 
== Rujukan ==
<references/>
 
[[Kategori:Ahli perniagaan Malaysia]]
[[Kategori:Orang Cina Malaysia]]
 
[[en:Vincent Tan]]