Wikipedia:Kedai Kopi (dasar): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aviator (bincang | sumb.)
Tikar aurum (bincang | sumb.)
→‎AFA bahasa Melayu: Fonetik b Melayu
Baris 60:
 
:::Tujuan IPA dibuat ialah bahasa-bahasa yang menggunakan abjad Rumi seperti bahasa Inggeris, Perancis, Jerman dan sebagainya tidak mempunyai sistem ejaan yang tetap. Contohnya, oo dalam door tak sama dengan oo dalam room, ou dalam route tak sama dengan ou dalam router, dsb. Sebab itu satu sistem abjad yang tetap diperlukan untuk membantu penyebutan, iaitu IPA. Bahasa Melayu sudah mempunyai sistem ejaan yang tetap. Dalam perkataan yang panjang sekalipun, seperti mempertanggungjawabkan, pembaca boleh memecahkannya kepada bahagian-bahagian suku kata mem.per.tang.gung.ja.wab.kan tanpa sebarang kesulitan. Bantuan penyebutan memang tidak diperlukan, kecuali huruf é untuk membezakan bunyi pepet dan bunyi taling.—[[Pengguna:Aviator|Aviator]], 23:57, 24 September 2008 (UTC)
 
::::Setahu saya, IPA/AFA tidak dibuat kerana ejaan, sebaliknya kerana sebutan. Banyak sebutan (atau bunyi) yang tiada di dalam b. Inggeris, tetapi wujud di dalam b. perancis, dan sebaliknya. Selepas satu sistem yang menggabungkan fonem dalam kedua-dua bahasa berjaya dibuat, timbul pula keperluan untuk menandakan sebutan (bunyi) yang wujud dalam pelbagai bahasa lain. Lebih-lebih lagi apabila perkataan dari bahasa-bahasa lain dipinjam dan diserap ke dalam bahasa Inggeris tanpa menyadurnya. Sebenarnya ada buku yang tentang AFA untuk b. Melayu. Untuk yang terkini, saya cadangkan buku: [http://books.google.com/books?id=_YPQp-Hg3UYC&pg=PA154&dq=sistem+fonetik+bahasa+melayu&client=safari&sig=ACfU3U0komApC6--g0SjYzPnWjvDVhBiUA#PPA11,M1 Fonetik dan Fonologi]. Pautan ini langsung ke Google Books yang menyediakan pratonton beberapa laman dalam buku tersebut. --[[Pengguna:Tikar aurum|Tikar aurum]] ([[Perbincangan Pengguna:Tikar aurum|bincang]]) 02:15, 25 September 2008 (UTC)