Hidroponik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
[[Image:Hydroponic strawberry usda.jpg|thumb|250px|Penyelidik USDA memeriksa strawberi hidroponik]]
[[Image:Rajah1.jpg|thumb|250px|Gambarajah Hidrponik Kaedah Dutch Bucket]]
'''Hidroponik''' (berasal dari perkataan Greek ''hydro'' iaitu air dan ''ponos'' iaitu kerjabekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan [[akar]] [[sayur|pohon]] ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan [[tanah]]. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.
 
Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersil. Di negara [[Singapura]] misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti [[bak choy]], [[sawi]], [[kailan]] dan [[bayam]] di mana semuanya menggunakan kaedah hidroponik. Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas, angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran di dalam kapal angkasa. Kaedah yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal perang, maupun kapal selam. Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak, hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam perjalanan.
 
== Sejarah ==
Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke-16 Masihi. [[Taman Tergantung Babylon]] dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman. Pada tahun 1937, W.F. Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, [[Amerika Syarikat]] telah memperkenalkan kaedah ini secara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil.
 
==Kelebihan==