Hikayat Amir Hamzah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 15:
Seperti yang tersebut di-dalam riwayatnya bahawa Amir Hamzah ialah bapa saudara kapada Nabi Muhammad s.a.w. iaitu putera kepada Abdul Mutalib. Amir Hamzah di-katakan mulai menerima agama Islam sesudah dua tahun Rasulullah menerima walinya yang pertama dan telah ber­sama-sama mengikut Nabi Muhammad berhijrah (berpindah) ka-Madinah.
 
Amir Hamzah adalah terkenal sebagai pahlawan Islam yang terbilang; keberanian dan jasa-jasanya dimedan-­medan perang terutama sekali dalam peperangan Badar amatlah besar ertinya disisi sejarah perkembangan agama Islam. Sayyidina Hamzah telah tewas tatkala melawan orang-orang kafir Makkah yang ban¥akbanyak bilangan-nya di­kaki bukit Uhud, dekat Madinah. Maka kerana itu-Iah riwayat Amir Hamzah sentiasa di-kenang oleh umat Islam; dan di-dalam hikayat-nya banyak pula di-adakan tokok tambah oleh pengarang-nya.
 
Hikayat Amir Hamzah ini sa-lain daripada dalam [[Bahasa Melayu]] ada juga salinan-salinan-nya dalam [[bahasa Jawa]], [[Sunda]] dan [[Bugis]]. Dalam bahasa Jawa hikayat ini terkenal dengan nama "Menak".