Iklim lautan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tikar aurum (bincang | sumb.)
k Laman baru: '''Iklim kelautan''' merujuk kepada sejenis iklim yang lazimnya dialami di sepanjang pantai barat pada latitud pertengahan di kesemua benua di dunia, dan di tenggara Australia. Ikli...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 11:27, 25 September 2008

Iklim kelautan merujuk kepada sejenis iklim yang lazimnya dialami di sepanjang pantai barat pada latitud pertengahan di kesemua benua di dunia, dan di tenggara Australia. Iklim ini dicirikan sebagai mengalami julat suhu tahunan yang lebih sempit berbanding tempat-tempat lain dengan latitud yang sama dan tidak mengalami musim panas yang sangat kering sepertimana yang dialami oleh iklim Mediterranean. Iklim yang serupa, sekurang-kurangnya dari segi julat haba, juga boleh ditemui di kawasan tanah tinggi tropika, walaupun jauh dari persisiran pantai. Julat suhu yang sempit berlaku bukan disebabkan oleh kedudukan yang dekat dengan persisiran pantai tetapi sebaliknya disebabkan oleh julat suhu di antara musim-musim yang disifatkan sebagai tanah rendah tropika. Berbanding iklim kelautan biasa, iklim tanah tinggi tropika yang lembap berkemungkinan mengalami kemarau musim sejuk yang ketara, seperti di Bandar raya Mexico. Sepertimana iklim kelautan, musim sejuk di sini adalah panas dan musim panas pula adalah sejuk, lantas menjadikan potensi untuk pertanian di kedua-dua kawasan beriklim kelautan dan tanah tinggi tropika sangat serupa.