Perang Tiga Puluh Tahun: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tikar aurum (bincang | sumb.)
Laman baru: '''Peperangan Tiga Puluh Tahun''' (1618-1648) merupakan satu siri peperangan keagamaan yang sebahagian besarnya berlaku di kawasan yang kini dikenali sebagai Jerman yang turut meliba...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 16:49, 25 September 2008

Peperangan Tiga Puluh Tahun (1618-1648) merupakan satu siri peperangan keagamaan yang sebahagian besarnya berlaku di kawasan yang kini dikenali sebagai Jerman yang turut melibatkan hampir kesemua kuasa-kuasa Eropah ketika itu. Konflik berpunca daripada pergeseran dan perbalahan di antara puak Katolik dan Protestan di wilayah-wilayah Empayar Suci Rom, tetapi kemudiannya menular menjadi satu perang politik besar yang menjerat keseluruhan benua Eropah. Peperangan ini dilihat sebagai kesinambungan daripada permusuhan di antara Perancis dan Habsburg bagi mengukuhkan kedudukan dan pengaruh kedua-duanya ke atas seluruh Eropah.

Kesan utama peperangan ini, yang kebanyakannya dilakukan oleh tentera upahan, ialah kemusnahan besar-besaran hampir keseluruhan wilayah yang terlibat. Ramai penduduk-penduduk di negeri-negeri Jerman, Negeri-negeri Rendah dan Itali terkorban akibat kebuluran dan jangkitan penyaki, sementara negara-negara yang terlibat jatuh bankrap. Beberapa pergeseran yang mencetuskan peperangan ini terus tidak diselesaikan untuk tempoh yang panjang. Peperangan ini kemudiannya ditamatkan melalui Perjanjian Münster yang merupakan sebahagian daripada Perdamaian Westfalen.

Sepanjang peperangan ini, jumlah penduduk negeri-negeri Jerman berkurang sebanyak 30%. Di negeri Brandenburg, kehilangan nyawa dianggarkan hampir separuh, manakala di sesetengah tempat sehingga mencecah dua pertiga. Penduduk-penduduk lelaki bekurang sebanyak separuh. Di kawasan Czech pula sebanyak satu pertiga, akibat perang, penyakit, kebuluran dan pengusiran penganut Protestan. Tentera Sweden sendiri telah memusnahkan lebih 2,000 istana, 18,000 kampung dan 1,500 pekan d Jerman, iaitu satu pertiga daripada kesemua pekan yang wujud ketika itu.


Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA