Kowloon: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 44:
Bahagian Kowloon di selatan [[Boundary Street]] serta [[Pulau Stonecutters]], diserahkan [[China]] [[dinasti Qing]] ke [[United Kingdom]] mengikut [[Konvensyen Peking]] tahun 1860. Bertahun-tahun lamanya kawasan tersebut kurang merasai pembangunan, sebaliknya dikunjungi oleh orang British terutamanya untuk memburu [[harimau]].
 
Bahagian Kowloon di utara Boundary Street ([[Kowloon Baru]]) dipajakkan oleh British sebagai sebahagian ''[[New Territories]]'' (Wilayah Baru) pada tahun 1898 selama 99 tahun. Dalam lingkungan New Kowloon terletaknya Bandar Raya Kowloon, iaitu sebuah kawasan di mana pernah didirikan [[Kota Bertembok Kowloon]] yang dirobohkan pada tahun 1993. Kawasan ini pernah bernama Guanfuchang ({{lang|zh-t|官富場}}) sewaktu [[dinasti Song]].
 
Walau bagaimanapun, dewasa ini orang tidak menganggap [[Kowloon Baru]] sebagai sebahagian Wilayah Baru, sebaliknya sebagai sebahagian kawasan bandar raya Kowloon yang utuh di kedua-dua belah Boundary Street. Bagi tujuan taksiran cukai, Kowloon Baru bukan dalam lingkungan Kowloon, maka semua hartanah di Kowloon Baru tertakluk pada pembayaran pajak tanah di Wilayah Baru.
 
Pembangunan Kowloon secara besar-besaran bermula pada awal abad ke-20, dengan pembinaan [[Perbadanan Kereta Api Kowloon-Canton|Laluan Kereta Api Kowloon-Canton]] dan [[Dermaga Kowloon]].