Goda (drama): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 44:
===Watak utama===
;Sanya Salleh ([[Sazzy Falak]]):Sanya ialah seorang wartawan ''Harian Kota'' yang beria-ia untuk meninggalkan syarikat [[tabloid]] berkenaan, sungguhpun benar-benar boleh mengarang rencana yang kuat menarik ramai pembaca. Biarpun demikian, dia tertarik kepada M, maka dia hendak membongkar identiti M dengan sangkaan bahawa M bukannya seperti yang disangka ramai. Sanya turut menulis blog sendiri bertajuk ''Sindikasi Suara Sanya'', demi memuaskan kehendaknya untuk mengarang dan menulis.
;Burhan ([[Lash Mokhtar]]):Burhan ialah seorang pekerja syarikat pemaju hartanah yang besar. Dia kurang keyakinan diri gara-gara [[kelelumur]], dan sangat memerlukan tunjuk ajar untuk menarik perhatian wanita idamannya iaitu Adela. Untuk membantunya memikat hati Adela, dia selalu berhubung dengan M melalui blognya untuk meminta nasihat dan pertolongan berkenaan cinta, sehingga dia asyik bergantung pada pesanan M sehingga sekali dia dihampakan oleh kegagalan memikat Adela.
;Adela Razak ([[Dilla Syahirah]]):Adela ialah Pengarah Pengurusan dan juga anak tunggal kepada CEO syarikat di mana Burhan bekerja. Adela seringmemang menggodacerewet lelakimemilih untukjejaka kepentingan diriidamannya, tetapioleh itu tidak hairanlah dia mendapati Burhan itu lurus bendul. Apapun, Adela tetap merapatkan dirinya dengan Burhan untuk meningkatkan mutu kerja dan keyakinan diri Burhan.
;M:Juruhebah radio dan "Pakar" cinta yang memberi nasihat kepada sesiapa yang meminta pertolongannya melalui siaran radio dan di laman [[blog]]nya. Dia tidak pernah mendedahkan identiti sebenar dirinya di khalayak umum, dan inilah yang diburu oleh Sanya agar rahsia-rahsianya terbongkar jua.