Jerman: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tikar aurum (bincang | sumb.)
k →‎Alam sekitar: ejaan dan wikilink
Tikar aurum (bincang | sumb.)
Baris 112:
===Empayar Jerman (1871–1918)===
[[Imej:Wernerprokla.jpg|thumb|right|Penubuhan Jerman moden di Versailles, Perancis pada tahun 1871. Bismarck di tengah-tengah berpakaian pakaian seragam berwarna putih.]]
Negara yang kini dikenali sebagai ''Jerman'' telah disatukan sebagai sebuah negara bangsa yang moden pada tahun 1871 apabila [[Empayar Jerman]] dibentuk dengan [[Prusia]] sebagai ahlinya yang terbesar. Selepas kekalahan Perancis di [[Perang Prusia-Perancis-Prusia]], Empayar Jerman dimasyhurkan di [[Istana Versailles]] pada [[18 Januari]] [[1871]]. [[Dinasti Hohenzollern]] dari Prusia memerintah empayar baru ini dengan [[Berlin]] sebagai ibu negaranya. Empayar ini menyatukan bahagian-bahagian Jerman yang bertaburan di Eropah Tengah kecuali Austria ([[Kleindeutsche Lösung|''Kleindeutschland'']] atau Jerman kecil). Bermula pada tahun 1884, Jerman mula menubuhkan beberapa koloni di luar Eropah.
 
Sewaktu ''Era Pengasas'' (''[[Gründerzeit]]'') yang menyusur selepas [[penyatuan Jerman]], Maharaja [[William I, Maharaja Jerman|William I]] melancarkan dasar luar negara yang mengukuhkan kedudukan Jerman sebagai sebuah kuasa besar dengan memeterai pakatan sekutu, yang memulaukan [[Republik Perancis Ketiga|Perancis]] melalui kaedah diplomatik dan menghindari perang. Namun di bawah pemerintahan [[William II, Maharaja Jerman|William II]], Jerman, seperti juga kuasa-kuasa besar Eropah yang lainnya, mengambil langkah-langkah imperialistik yang membawa kepada pergeseran dengan negara-negara jirannya. Kebanyakan negara sekutu mula meminggirkannya dengan tidak membaharui pakatan lama dan pakatan-pakatan baru tidak melibatkannya. Lebih khusus lagi ialah kejayaan Perancis menubuhkan hubungan baru melalui ''[[Entente Cordiale]]'' dengan [[United Kingdom of Great Britain and Ireland|United Kingdom]] selain dengan [[Empayar Russia]]. Melainkan hubungannya dengan [[Austria-Hungary|Kerajaan Austro-Hungary]], Jerman menjadi semakin terpinggir.