Juan Peron: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 35:
Kematian isterinya yang tersayang iaitu Eva Peron atau Evita pada 1953 telah memberi impak kepada beliau. Evita merupakan penasihat serta pengaruh yang terpenting dalam kehidupannya. Beliau mula membuat beberapa kesilapan dalam kerjayanya. Satu kesilapan yang utama ialah memberi hak kepada Standard Oil (atau sekarang dikenali sebagai [[ESSO]]) sebuah syarikat dari [[Amerika Syarikat]] untuk mengekploitasikan petroliam di Argentina. Disamping itu, beliau telah menjarakkan dirinya dari penyokongnya yang paling setia, iaitu golongan [[buruh]].
 
Selain itu beliau telah mendapat tohmahan antarabangsa kerana menjadikan ArgenitaArgentina sebagai tempat perlindungan bagi diktator serta pembunuh yang kejam. Antaranya termasuklah [[diktator]] fahaman fasis [[Ante Pavelic]] dan penjenayah perang seperti [[Josef Mengele]] ("Malaikat Maut" parti Nazi) dan [[Adolf Eichman]].
 
Oleh itu pada [[1955]] satu kumpulan militan telah menjatuhkan kerajaan beliau dan beliau terpaksa meletak jawatan dan melarikan diri ke [[Paraguay]]. Sewaktu di sana, beliau berjumpa dengan [[penari]] [[kelab malam]] yang jelita bernama [[Isabel Martínez]] dan berkahwin dengannya pada 1961. Walaupun Perón berada dalam buangan, ideologinya masih hidup di Argentina. Kerajaan-kerajaan tentera selepasnya gagal membawa sebarang perubahan dan kumpulan Perónista masih berpengaruh diarena politik negara.