Pasukan Simpanan Persekutuan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
Baris 15:
* Tugas Kawalan Orang Ramai semasa lawatan orang kenamaan, sukan, perarakan, perhimpunan dan lain-lain.
 
Oleh sebab peranannya yang semakin penting, pasukan ini telah diperbesarkan kepada 7 unit, dengan jumlah keanggotaan pada 2003 seramai 2,481 orang. Setiap unit, mengandungi 3 terup. DisampingDi samping itu FRU juga mempunyai unit water canon, [[unit berkuda]] dan institusi latihan di [[Sungai Senam]], [[Ipoh]], [[Perak]]. Sejajar dengan keperluan semasa dan tuntutan [[undang-undang]], serta bagi melicinkan perlaksanaan tugas, satu terup khas wanita telah diwujudkan dan terup ini berpengkalan di [[Jalan Semarak]], [[Kuala Lumpur]].
 
Prestasi FRU ini dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa. Ini jelas apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memohon kepada PDRM bagi menempatkan pasukan pencegah rusuhan di bawah panji-panji [[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]] (PBB) di [[Timor Leste]]. Pasukan ini ditugaskan untuk mengawal rusuhan dan ketenteraman awam di sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan.