China (kawasan): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
AlleborgoBot (bincang | sumb.)
Acs4b (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
[[image:ROCflagBrappy.jpg|thumb|Bendera [[Republik China]] di depan jalan komersial sibuk di[[Taipei]].]]
 
'''China''' atau '''Tionghua''' ({{zh-tspw|t=中國|s=中国|p=Zhōngguó|w=Chung-kuo}}) merujuk kepada beberapa negeri, negara dan budaya yang telah wujud selama kira-kira 3,500 tahun di [[Asia Timur]]. China yang wujud pada hari ini dikenalpasti wujud sebagai suatu [[tamadun]], [[negeri]] atau [[negara]] ataupunmahupun beberapa tamadun, negeri atau negara yang berkecempung di tempat yang sama.
 
Dengan kewujudannya sebagai salah suatu entiti yang [[sejarah dunia|paling lama]] wujud di permukaan dunia ini dan pengamalan salah satu daripada sistem tulisan paling lama di dunia [[Sejarah China]] seringkali dikarekterkan sebagai satu yang dipenuhi nostalgia divisi dan penggabungan semula diantara masa-masa [[peperangan]] atau [[keamanan]], dan [[penukaran dinasti]] yang ganas. Keluasan kawasan [[negara]] ini berkembang daripada satu titik tolak punca di [[Kawasan Rata Utara China]], dan keberkesanan/kelajuannya bergantung kepada nasibnya untuk menelan kawasan-kawasan [[Asia Timur|timur]], [[Asia Timurlaut|timur laut]] dan [[Asia Tengah]]. Selama beberapa abad lamanya, [[Empayar China]] juga merupakan antara tamadun yang termaju di dunia dan pusat pengaruh Asia timur dengan kesan kuat yang masih dirasai pada hari ini.
 
Menjelang abad ke 19 dan 20, pengaruh politik, ekonomi dan ketenteraan China jatuh, dan pada masa yang sama, kuasa-kuasa Barat dan Jepun muncul sebagai kuasa baru dunia. Semi-Kolonisme muncul di sesetengah kawasan-kawasan China pada akhir abad ke 19 dengan pengambilan Hong Kong oleh British, Macau oleh Portugis dan Taiwan oleh Belanda dan Sepanyol. [[Empayar Jepun]] juga meceroboh China pada [[Perang Dunia II]]. [[Empayar China]] musnah dengan penubuhan [[Republik China]] pada tahun [[1912]] oleh [[Sun Yat-sen]]. Kendatipun begini, empat dekad yang berlalu selepas itu menampakkan kegagalan negara baru ini mempertahankan dirinya diserang [[pemberontak]], [[Perang China-Jepun II]], dan [[Perang Saudara China]] dimana ahli [[Kuomintang]] nasionalis terpaksa bertempur dengan [[Parti Komunis China]] ''Gongchandang''.
 
Selepas kemenagan [[Komunis]] di China berikutan berakhirnya perang itu, pemimpinnya [[Mao Zedong]] mengistiharkan [[Republik Rakyat China]] pada tahun [[1949]] dan memaksa [[Republik China]] bersama kerajaan [[Kuomintang]]nya berundur ke pulau [[Taiwan]], yang diperintah ia sejak berakhirnya [[Perang Dunia II]]. Dalam satu pertikaian yang terus berlangsung, [[Kuomintang]] yang kini kehilangan mandat memerintah di Taiwan diganti pemimpin baru yang mahu mewujudkan [[Republik Taiwan]] yang [[merdeka]] bagi pulau itu. Kerajaan komunis di tanah besar menentang ini dan berjanji akan berperang dengan [[Taiwan]] semula jika ia berlaku. Kerajaan di Taiwan juga masih memerintah cebisan pulau wilayah [[Fujian]] China dan secebisan [[kepulauan]] di [[Laut China Selatan]].
Baris 84:
 
Menjelang tahun 1950, CCP telah berjaya mengalahkan Kuomintang, yang melarikan diri ke pulau Taiwan. Pulau ini pula semenjak dekad ke [[1970-an]] mengamalkan [[demokrasi]] pelbagai parti di kawasan kawalan ROC. Pada hari ini, demokrasi di Taiwan berasaskan sama ada mahu [[Kemerdekaan Taiwan|merdeka]] atau [[penyatuan semula dengan China|bersatu semula]] dengan tanah besar China.
 
 
 
Sementara ini, [[Mao Zedong]], pemimpin Komunis China, mengistiharkan republik baru bagi negara ini, [[Republik Rakyat China]] dengan katanya 'orang Cina telah berdiri'. Pada mulanya, PRC merupakan negara [[perintahan satu parti]] dibawah Parti Komunis. Namun, sejak perlaksaan [[libralisasi ekonomi]] oleh [[Deng Xiaoping]] pada dekad ke [[1970-an]], China kini mempunyai kebebasan hidup yang lebih daripada dahulu. Parti Komunis masih menguasai pelbagai aspek politik negara China, dan setiasa mengawal pemerintahan ini dengan memenjarakan penentangnya, memerhati gerakan agama dan menyekat dan menapis akhbar, filem dan media massa. Gerakan-gerakan kemerdekaan juga tidak dibenarkan, dan satu demonstrasi pro-demokrasi yang berlaku di Tian'anmen pada tahun [[1989]] dimusnahkan kerajaan. Badan [[Falun Gong]], satu badan yang didakwa sesat oleh kerajaan, juga cuba dihampuskan. Ahli [[Falun Gong]] bagaimanapun mendakwa bahawa ini disebabkan kerajaan takut dengan pengaruh mereka. Namun, dalam bidang bukan politik, terdapat lebih kebebasan berfikir dan [[propaganda]] semakin berkurangan.