Titik G: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Laman baru: '''Titik G''' atau '''titik Grafenberg''' (bahasa Inggeris: G-spot mula disebut dalam kertas akademik pada tahun 1981, yang merujuk kepada titik sensitif yang merangsang rasa sensasi sep...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 14:33, 3 Oktober 2008

Titik G atau titik Grafenberg (bahasa Inggeris: G-spot mula disebut dalam kertas akademik pada tahun 1981, yang merujuk kepada titik sensitif yang merangsang rasa sensasi seperti kenikmatan seksual. Titik G dinamakan sempena pakar sakit puan German Ernst Grafenberg yang mendakwa sebagai orang pertama menghipotesis kewujudannya pada tahun 1950.

Titik ini dipercayai sebagai daerah berkas saraf yang mengelilingi dinding vagina, namun kini dilaporkan bahawa titik ini adalah bahagian dari spons uretra, di kelenjar Skene yang sama dengan prostat pada golongan lelaki. Titik ini juga terletak di ventral dari vagina, di tengah-tengah jarak antara tulang kemaluan dan leher rahim.

Ketika titik ini terangsang, maka timbul rasa sensasi seperti rasa buang air kecil, namun bila titik ini terangsang ketika hubungan seks ia menjadi rasa kenikmatan seksual. Bagi beberapa wanita, titik ini dapat menjadi tempat stimulasi utama untuk menuju klimaks ketika melakukan hubungan seks.