Perkahwinan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 9:
Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati di hampir setiap masyarakat. Rekod-rekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah satu [[adat resam]] yang mantap. Walaupun ahli-ahli [[antropologi]] telah mencuba mengesan asal perkahwinan, umpamanya hipotesis [[persetubuhan]] primitif secara rambang, mereka telah gagal memperoleh sebarang bukti.
 
Di [[dunia Barat]], perkahwinan difahami secara [[tradisi]] sebagai satu kesedudukan [[monogami]] antara seorang lelaki (suami) dan seorang perempuan (isteri), sedangkan di bahagian-bahagian dunia yang lain, [[poligami]] pernah merupakan bentuk perkahwinan yang biasa.Secara umumnya, pandangan masyarakat tentang konsep pligamipoligami adalah apabila seorang suami mempunyai lebih daripada seorang isteri.Sebenarnya dalam antropologi, konsep yang paling tepat untuk menghuraikan seorang suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri ialah poligini manakala konsep yang menghuraikan seorang isteri yang mempunyai lebih daripada seorang suami ialah poliandri. Poligami biasanya mengambil bentuk [[poligini]] (seorang lelaki mempunyai banyak isteri), tetapi sebilangan masyarakat yang amat kecil membenarkan [[poliandri]] (seorang perempuan mempunyai banyak suami).