Sains sukan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
 
'''Maksud Sains Sukan'''
Ia merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal. Jadi, bidang ini merangkumi kinesiologi, biomekanik, anatomi dan fisiologi dan lain-lain topik seperti [pemakanan], pengurusan sukan, sosiologi dan psikologi dalam sains sukan dan sebagainya. Sains sukan bukan satu bidang yang mendidik seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya ditingkatkan prestasinya. Malah ia membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, tenaga dalam badan dsb semasa melakukan sesuatu sukan. Dalam erti kata lain, pendidikan jasmani adalah satu amalan untuk meningkatkan teknik kesukanan, manakala sains sukan adalah bertujuan menyampaikan ilmu tentang perkaitan badan dan sukan.
 
Sains sukan juga boleh didefinasikan dalam beberapa perspektif:
*'''Akademik / intelektual''' : sains sukan merupakan satu ilmu pengetahuan yang memfokus kepada pelbagai teori, prinsip dan kajian yang melibatkan sains. Pelbagai konsep adalah dijanakan daripada bidang sains seperti anatomi & fisiologi, kinesiologi dan sebagainya.
 
*'''Generik / Komtemperori''' : sains sukan selalunya dipandang sebagai satu cabang ilmu daripada pendidikan jasmani. Memang tidak boleh dinafikan bahawa kedua-dua subjek mempunyai banyak persamaan. Akan tetapi, objektif masing-masing adalah tidak sama.
Baris 20:
 
'''Sains Sukan Generik'''
Bidang ini selalunya diterjemahkan sebagai satu ilmu berkaitan kesukanan. Banyak yang selalunya anggap sains sukan ini adalah satu bidang atlet yang melibatkan semata-mata permainan dan sukan seperti bola jaring, bola sepak, ping-pong dsb. Namun, anggapan ini bukannya semuanya salah. Dalam sains sukan generik, ia merupakan aplikasi ilmu daripada sains dalam meningkatkan kecergasan seseorang supaya menjadikan sukan sebagai alat yang boleh menyihatkan badan dan tidak mencederakan anggota badan ekoran daripada kesalahan teknik bersukan. Tambahan pula, ilmu ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kecergasan dan prestasi pencapaian individu dan berkumpulan dalam konteks sukan. Di samping itu, sukan ini juga merupakan satu alat sebagai permainan di arena antarabangsa bahkan melalui pertandingan mahupun hiburan melalui media massa.
 
'''Matlamat Sains Sukan'''
Matlamat kewujudan sains sukan adalah seperti berikut:
*Pertumbuhan organ: Kecergasan dan kecerdasan seseorang amat dipengaruhi oleh kesihatan individu. Dari segi biologi, orang yang aktif dapat menjamin tumbesaran organ yang sihat. Contohnya, kekuatan otot purkenje pada organ jantung dapat dipertingkatkan jika seseorang melakukan jogging yang rutin. Namun, teknik jogging yang tidak sesuai akan mencederakan bahagian-bahagian lain seperti kaki. Jadi, dengan adanya ilmu sains dalam sukan, seseorang akan memakai kasut yang sesuai untuk mengkushionkan kaki di samping mempertingkatkan aktiviti jantung semasa melakukan jogging.
 
*'''Pertumbuhan fizikal''': Fizikal adalah kelihatan luaran seseorang. Individu yang sihat badannya dapat menjamin kesihatan keseluruhan badan dari segi kelihatan luaran. Contohnya, seseorang gimnatik mempunyai badan yang kuat dan tegap dapat memakai baju yang jenis "body fit" sudah pasti membuktikan ketrampilannya di tempat kerja mahupun di tempat awam. Orang yang sihat badannya selalunya mampu melakukan pelbagai aktiviti serta bergiat aktif dalam program-program seperti tarian, drama, muzik, marathon dsb. Selain itu, kesihatan fizikal merupakan faktor pertama yang mempengaruhi keputusan pihak atasan untuk membuat pilihan untuk sesuatu kerja ataupun projek.
 
*'''Pertumbuhan otot-saraf dan kemahiran''': Kordinasi otot dan saraf adalah penting dalam melicinkan pergerakkan seseorang. Jika seseorang sentiasa melalukan sesuatu aktiviti seperti membongkokkan badan, sudah pasti ianya bukan satu masalah jika melakukan senamrobik sebab otot dan saraf sudah biasa dengan pergerakan sedemikian. Sebaliknya, seseorang akan berasa lesu dan sakit jika kordinasinya tidak selaras dengan kehendak individu. Kemampuan untuk melakukan pergerakan yang luar biasa juga dapat menjamin kemahiran seseorang dalam bidang tersebut.
 
*'''Pertumbuhan emosi dan sosial''': sukan adalah satu saluran yang baik untuk meluahkan perasaan marah, stres dan frustrasi. Ia juga dapat melatih seseorang supaya menjadi optimis dan ring. Adalah dipercayai sukan boleh merangsangkan perembesan hormon riang "serotonin" yang boleh menjadikan individua berasa gembira dan positif. Selain itu, sukan dan latihan yang dijalankan secara berkumpulan juga boleh merapat hubungan antara sesama lain. Dalam kumpulan, kita juga dapat mewujudkan suatu persaingan yang positif semasa bermain "game".