Sains sukan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 86:
 
'''Konsep asas dalam kimia'''
 
[[Atom]]
 
Atom adalah satu struktur yang asas untuk membina sesuatu bahan kimia. Setiap atom mempunyai electron bercaj negatif, proton bercaj positif dan neutron yang neutral. Atom boleh dibezakan antara satu sama lain dengan bilangan subatomnya iaitu elektron, proton dan neutron yang terkandung dalam suatu atom. Contohnya atom yang mempunyai 1 elektron dan neutron serta tiada elektron dipanggil hidrogen dan disingkatkan sebagai H (simbol kimia). Manakala atom yang mempunyai 2 proton dan 2 elektron serta 2 neutron adalah helium (He). Bilangan proton sentiasa diimbangi dengan bilangan elektron yang sama supaya sesuatu atom adalah sentiasa bercaj neutral (tidak bercaj). Dalam tindak balas kimia, sesuatu atom boleh kehilangan proton atupun lektron dan seterusnya menjadi atom yanh bercaj positif atau negatif. Contonnya, hidrogen yang kehilangan satu elektron akan bercaj positif kerana kehadiran proton. Atom yang bercaj dipanggil sebagai ion positif atau ion negatif.
 
[[Unsur (elemen)]]
 
Unsur pula merujuk kepada jenis atom iaitu nama bagi sesuatu atom. Unsur-unsur kimia telah diatur ke dalam jadua berkala mengikut sistem electron dan petalanya. Hasilnya, atom-atom yang berlainan jenis mempunyai nama yang unik seperti hydrogen, oksigen, bromine, nitrogen dsb. Unsur-unsur hendaklah selalu dalam keadaan yang neutral kerana unsure yang bercaj akan mengelilukan.
 
Kompound (sebatian)
 
Dalam ilmu kimia, kompound adalah satu kumpulan unsur yang digabungkan secara ionik apabila satu unsur kehilangan elektron (bercaj positif) dan satu lagi menerima elektron (bercaj negatif). Dua ion yang bertentangan caj akan menarik antara sesama lain untuk membentuk sebatian. Apabila kompound ini berada dalam air, ia akan dipisahkan dan membentuk ion dan boleh menghantar (aliran) elektrik dalam cecair itu. Contoh sebatian adalah seperti NaCl, KNO3, Fe(NO3)2 dsb. Jadi, peranan sebatian dalam badan kita adalah membekalkan elektrolit (cecair yang bercaj) untuk mengimbangi caj-caj dalam cecair badan.
 
Molekul
 
Walaupun tidak mengalami perubahan bilangan elektron, sesuatu boleh unsur boleh bergabung melalui ikatan kovalen. Kedua-dua unsur itu dicantum melalui perkongsian elektron apabila electron terluar sesuatu unsur adalah komplimentari dengan unsur yang digabungkan. Dalam air, molekul tidak terlarut dan tidak membentuk ion kerana sifat kimianya adalah berlainan dengan air (air merupakan molekul yang berkutub). Molekul boleh wujud dalam cecair apabila ia dileburkan atupun larut dalam pelarut organik yang bersifat kovalen. Contoh molekul adalah seperti CCl4, O2, Cl2, H2 dsb.
 
Elektrolit
 
Ion yang terhasil apabila sesuatu kompound terlarut dalam air akan membentuk elektrolit yang berupaya membawa elektrik. Dalam kimia, ia memerlukan elektrod (katod dan anod) untuk mengalir elektrik melalui sambungan wayar (litar). Dalam biokimia, elektrolit dalam cecair badan berfungsi untuk memekatkan / mencairkan kandungan cecair badan. Kehadiran ion yang tinggi akan memekatkan cecair dan seterusnya mengawal tekanannya seperti dalam darah. Ion-ion dalam elektrolit juga penting dalam menolong lain-lain proses seperti penghadaman yang memerlukan kofaktor dsb. Jadi manusia memerlukan garam dan mineral untuk mengimbangi badan kita. Individu yang muntah dan cirit-birit berlebihan boleh mengakibatkan kehilangan ion yang berlebihan dan badan akan menjadi lemah.