Susu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Membatalkan semakan 658777 oleh Shuk spurs (Perbincangan)
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 76:
 
Bagi menghalang susu rosak, susu boleh disimpan dingin dan disimpan antara 1 dan 4 [[Celsius|degrees Celsius]]. Kebanyakan susu dipasteurkan dangan dipanaskan seketika dan kemudiannya disejukkan bagi membenarkan pengagihan daripada ladang tenusu ke pasar tempatan. Kerosakan susu boleh dilewatkan dengan menggunakan rawatan suhu amat tinggi (''ultra-high temperature ([[UHT]])''); susu yang dirawat sedemikian boleh disimpan tanpa disejukkan selama beberapa bulan sehingga dibuka. Susu disterilkan, yang dipanaskan untuk tempoh masa yang lebih lama, akan tahan lebih lama, tetapi turut kehilangan lebih zat dan mempunyai rasa yang berbeza. [[Susu pekat]], dihasilkan dengan menyingkirkan kebanyakan air, boleh disimpan beberapa bulan tanpa disejukkan. Bentuk susu yang paling tahan adalah [[susu tepung]] yang dihasilkan dari susu dengan menyingkarkan semua [[air]].
 
Salah satu ujian menguji bekalan susu yang dicairkan adalah dengan menguji kandungan [[nitrogen]] di dalam susu. Oleh itu satu cara penipuan oleh pembekal susu yang tidak bertanggung jawab di [[China]] pada tahun 2008, adalah dengan menambah melamina yang kaya dengan nitrogen jadi apabila kandungan protein dalam produk susu diperiksa dengan membandingkan kandungan nitrogen melalui kaedah-kaedah yang digunakan untuk memeriksa protein, tambahan melamina mampu mengaburi penipuan pencairan kandungan susu (untuk memenuhi piwaian kandungan protein dalam susu). Penggunaan [[melamina]] dalam pengeluaran makanan mampu menyebabkan kegagalan [[ginjal]] dan masalah kencing sama ada kepada manusia mahupun binatang apabila ia bercampur dengan asid sianurik dalam badan. Ini mempunyai kesan besar kerana keluaran tenusu digunakan secara meluas dalam industri makanan. Ini mendorong kepada [[Skandal susu China 2008]] yang dikenal pasti menyebabkan masalah kesihatan meluas dan kematian.
 
 
==Lihat juga==