Babylon: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
'''Babylon''' adalah negara-kota bagi [[Mesopotamia]] kuno, dan tinggalannya kini ditemui di [[Al Hillah]], [[Wilayah Babil]], [[Iraq]], lebih kurang 85 kilometer selatan [[Baghdad]].
 
Pada hari ini, hanya terdapat longgokan dan timbunan tanah serta kesan runtuhan bangunan dan batu-bata di tanah subersubur Mesopotamia di antara [[Sungai Tigris]] dan [[Sungai Furat]] di Iraq. Sumber sejarah memberitahu kita Babylon pada asalnya sebuah kota kecil yang mula bertapak pada permulaan milenium ketiga SM (bibit mulanya dinasti-dinasti). Kota ini mula menyinar dan menjadi penting dengan kebangkitan Dinasti pertama [[Empayar Babylon|Babylon]]. Ia adalah sebuah kota suci rakyat Babylon dan lebing kurang tahun 2300 SM menjadi pusat bagi Empayar Baru Babylon dari tahun 612 SM. [[Taman Tergantung Babylon]] merupakan satu dari [[Tujuh Keajaiban Dunia]].
 
Perkataan Babylon adalah berasal dari bahasa Akkadia "Babilu" yang bermaksud "pintu masuk Dewa". Dalam [[al-Quran]] dan [[Kitab Bible]], nama ini disebut sebagai Babil atau Babel. Dalam [[Kitab Kejadian]] [[Menara Babel|11:9]], ia bermakna "kekeliruan" (tentang bahasa) dari kata kerja "balbal" iaitu untuk "mengelirukan".