Sungai Muda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tikar aurum (bincang | sumb.)
Laman baru: '''Sungai Muda''' ialah sungai terpanjang di negeri Kedah yang terletak di utara Malaysia. Sungai ini berukuran 178 km dan melalui daerah-daerah Baling, Sik, dan [[Kulim]...
 
Aurora (bincang | sumb.)
kotak maklumat
Baris 1:
{{Infobox Sungai
'''Sungai Muda''' ialah sungai terpanjang di negeri [[Kedah]] yang terletak di utara [[Malaysia]]. Sungai ini berukuran 178 km dan melalui daerah-daerah [[Baling]], [[Sik]], dan [[Kulim]] selain [[Kuala Muda]] sebelum menemui [[Selat Melaka]]. Sungai ini, yang dijadikan sempadan di antara negeri Kedah dan [[Pulau Pinang]]adalah sumber utama air di negeri Pulau Pinang selain menjadi punca pengairan bagi penanaman padi di kawasan ini.
| river_name = Sungai Muda
| image_name =
| caption =
| origin =
| mouth = [[Selat Melaka]]
| basin_countries = [[Kedah]], [[Malaysia]]
| length =
| elevation =
| discharge =
| watershed =}}
'''Sungai Muda''' ialah sungai terpanjang di negeri [[Kedah]] yang terletak di utara [[Malaysia]]. Sungai ini berukuran 178 km dan melalui daerah-daerah [[Baling]], [[Sik]], dan [[Kulim]] selain [[Kuala Muda]] sebelum menemui [[Selat Melaka]]. Sungai ini, yang dijadikan sempadan di antara negeri Kedah dan [[Pulau Pinang]]adalah merupakan sumber utama air di negeri Pulau Pinang selain menjadi punca pengairan bagi penanaman padi di kawasan ini.
 
== Sejarah ==
Sungai Muda dipercayai turut terletak di dalam kawasan lingkungan kerajaan lama [[Hindu]]-[[Buddhisme|Buddha]] yang bertapak di [[Lembah Bujang]] sekitar [[abad ke-3]] Masihi. Sejarawan percaya muara sungai ini yang lebar dan dalam pada suatu ketika dahulu membolehkan kapal-kapal pedagang singgah dan berlabuh di pelabuhannya sebelum meneruskan perjalanan mereka samada ke subbenua [[India]] di sebelah barat atau negeri [[China]] di sebelah timur.
 
Menurut catatan sejarah, sungai ini turut menyaksikan satu pertempuran berdarah di antara [[Daeng Perani]] dan [[Raja Kechil]]. Daeng Perani, seorang bangsawan [[Bugis]] telah bersetuju membantu seorang putera raja dari negeri Kedah merebut takhta daripada adindanya. Daeng Perani menulis kepada Raja Kechil bagi membahagi-bahagikan tugas dan kawasan pengaruh bagi mengelakkan sengketa di antara mereka lebih-lebih lagi setelah Raja Kechil dikalahkannya sebelum ini sekitar tahun 1722 ketika konflik perebutan takhta [[Johor]]. Di dalam pertempuran itu, Daeng Perani baru sahaja mahu melabuhkan kapalnya sebelum dibedil meriam milik Raja Kechil.<ref>{{cite news|title=Daeng Perani maut dibedil meriam |url=http://www.heritage.gov.my/upload/keratan_akhbar/2008/20080113BH01/ |author=Johari Ibrahim |date=13 Januari 2008 |publisher=[[Berita Harian]] |accessdate=2008-09-01 |format=Cetakan semula }}</ref>
 
== Air mentah ==
Sungai Muda merupakan sumber utama air mentah bagi negeri Kedah, Pulau Pinang dan juga kawasan selatan negeri [[Perlis]]. Ia membekalkan sekitar 80% daripada keseluruhan bekalan air di Pulau Pinang.<ref name=siege>{{cite news |author=Elizabeth John & Adib Povera |title=Under siege again |url=http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/Focus/2285696/Article |language=B. Inggeris |publisher=[[New Straits Times]] |accessdate= 2008-09-01 |date=5 Julai 2008 }}</ref> Air sungai ini mengalir ke [[Sungai Dua]] sebelum dipam ke seluruh negeri Pulau Pinang.
 
Di Kedah sungai ini amat penting terutamanya setelah sebuah empangan dibina di punca sungai ini sekitar [[Hulu Muda]] di bawah Rancangan Pengairan Muda yang dilancarkan semasa [[Rancangan Malaysia Kedua]]. Rancangan pengairan ini bertanggungjawab membekalkan air secukupnya kepada petani-petani di sekitar kawasan ini yang dikenali sebagai ''[[Padipadi|jelapang padi]]'' negara. Kawasan penanaman padi sekitar Sungai Muda membekalkan kira-kira sejuta tan metrik [[beras]] pada setiap tahun atau 40% daripada keperluan beras Malaysia. Rancangan pengairan ini membolehkan [[Tanamantanaman berbilang|penanaman padi dwimusim]] diamalkan dengan membekalkan air secukupnya ketika musim kemarau.<ref name=siege />
 
== Nota ==
{{reflist}}