Mami Jarum: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
 
Polar (bincang | sumb.)
Baris 26:
 
==Sinopsis==
Cerita ini mengisahkan watak utamanya, iaitu, Mami Jarum yangatau nama sebenarnya Fatimah mempunyai sikap angkuh dan menganggap dirinya sahaja yang sempurna. Sikap mementingkan harta, kedudukan serta mencari kesalahan orang lain dan bercakap besar merupakan tabiat yang telah sebati dalam dirinya.
Mami Jarum yang telah diceraikan suaminya, kini tinggal bersama dua orang anak gadisnya. Anak sulung, Shiqah, bekerja sebagai setiausaha sulit di sebuah syarikat besar. Manakala anak bongsunya, Syafinaz, merupakan pelajar IPTA. Mami mempunyai seorang adik perempuan, Bee, yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan, Azizah. Bee, seorang surirumah berkahwain dengan buruh kasar, iaitu Piee.
 
Baris 35:
Konflik bermula apabila Mami Jarum bertandang ke rumah Bee dan acapkali menghasut adiknya. Dia memandang rendah terhadap Piee yang bekerja sebagai buruh. Pegangan agama Piee yang kuat turut tidak disenangi oleh Mami Jarum. Oleh yang demikian, Mami mendesak adiknya agar meminta Piee membuat sesuatu untuk mengubah nasib mereka. Mami Jarujm sering menjadikan keluarga contoh kerana beranggapan mereka keluarga yang sangat berjaya.
 
[[Imej:Mj5.jpg|180px|right|thumb|Babak di rumah Mami Jarum]]Bee termakan hasutan itu dan hampir berpisah dengan Piee. Namun sebenarnya, Mami tidak menyedari bahawa keluarganya bermasalah. Shiqah terlibat dengan hubungan sulit dengan bosnya yang sudah beristeri. Ini telah menjadi buah mulut rakan spejabat Shiqah tetapi Mami Jarum tetap tidak mempercayainya sehinggalah pada suatu hari, isteri bos menyerbu rumah Mami.
 
Berlainan pula dengan anak perempuan bongsu Mami, Syafinaz, yang lebih bersikap matang serta sering menegur sikap ibunya yang keterlaluan itu. Apabila Syafinaz mengambil keputusan untuk berkahwin dengan jejaka berpendapatan sederhana, Mami Jarum melenting dan amat marah. Akhirnya, Syafinaz mengambil keputusan untuk `kahwin lari' dan insiden ini telah menyebabkan Mami berubah. Akhirnya, dia menyedari bahawa pendidikan agama sangat penting dan perlu ditekankan dalam mendidik anak-anak supaya mereka tahu menilai dan menjaga diri. Sebaliknya, kedudukan dan harta kekayaan semata-mata tidak menjamin kehidupan yang sempurna.
 
 
==Pelakon==