Boeing 727: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
VolkovBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: ca:Boeing 727
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-Ianya +Ia)
Baris 30:
727 telah terbukti berjaya dalam operasinya dengan penerbangan-penerbangan di seluruh dunia kerana kemampuannya untuk mendarat di landasan yang kecil dan pada masa yang sama mampu terbang untuk julat yang sederhana. Bentuk sayapnya yang unik itulah yang membolehkan ianya mendarat di landasan yang kecil dan penambahan [[sayap lawi]] membolehkannya terbang dengan lebih stabil. Kecekapan pesawat ini membolehkan ianya digunakan di bandar-bandar besar untuk menerbangkan penumpang-penumpang ke tempat-tempat perlancongan.
 
727 juga direka untuk bersifat berdikari tanpa keperluan fasiliti-fasiliti daratan seperti tangga bergerak dan penjana kuasa sementara daratan. IanyaIa mempunyai sebuah tangga dibelakangnya yang boleh dibuka dan mempunyai sebuah penjana kuasa juga dibelakangnya yang membolehkan penghawa dingin [[kabin]] dipasang ketika enjin pesawat dimatikan. 727 juga berkemampuan untuk terbang naik dengan cepatnya dan ianya penting untuk landasan yang pendek dan lapangan terbang yang kecil.
 
727 juga telah terbukti untuk beroperasi dengan cekapnya bagi perkhidmatan kargo. [[Federal Express]] memulakan industri perkhidmatan udara kargo dengan menggunakan pesawat 727. Kini, banyak perkhidmatan kargo menggunakan 727 sebagai armada mereka.